Utusan Borneo (Sabah)

Inter Milan kekal terajui Serie A Itali

-

MILAN, Itali: Inter Milan mencipta kemenangan keempat berturut-turut untuk kekal di tangga teratas Serie A Itali selepas menewaskan Crotone 2-0 di gelanggang lawan sementara AS Roma menewaskan Verona 3-0 Sabtu lepas.

Kemenangan di Calabria membolehka­n Inter, yang dibimbing Luciano Spalletti, meletakkan diri mereka di antara pencabar kejuaraan liga musim ini, bersama-sama Juventus dan Napoli, yang bermain lewat.

Tetapi Inter kelihatan agak terjejas dengan cuaca panas di rantau selatan Itali sehingga gol lewat Milan Skriniar dan Ivan Perisic meletakkan mereka di tangga teratas liga.

“Ia bukan mudah,” kata Spalletti. “Mencapai kemenangan dalam keadaan seperti ini menunjukka­n kami boleh menyesuaik­an diri.

“Cuaca sangat pantas di Calabria, padang juga kering dan memperlaha­nkan pergerakan bola dan angin juga bertiup agak kencang dalam separuh masa pertama.”

Spalletti, bekas jurulatih Roma, bagaimanap­un enggan mendabik dada dengan rekod cemerlang pasukannya setakat awal musim ini.

“Kami tidak berminat dengan kedudukan liga sekarang, kami hanya mahu melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan. Perjalanan kami masih jauh dan kami tidak terlalu teruja ketika ini.”

Crotone pernah mengejutka­n Inter 2-1 di Stadio Ezio Scida pada musim lepas, kekalahan yang menamatkan impian Milan untuk beraksi di Eropah pada musim ini.

Tetapi walaupun asakan demi asakan dari Inter, Crotone berjaya bertahan selama 80 minit kerana ketangkasa­n penjaga golnya, Samir Handanovic, yang menepis cubaan Aleksandar Tonev dan Marcus Rohden selepas rehat.

Sepuluh minit terakhir ternyata malang buat Crotone dengan gol pembukaan adalah dari satu tendangan percuma yang disempurna­kan Skriniar pada minit ke-82 sebelum Perisic menamatkan saingan Crotone pada minit kecederaan.

“Saya gembira dengan gol pertama ini di Itali, walaupun bagi saya ia adalah lebih penting untuk menang,” kata Skriniar, pemain antarabang­sa Slovakia yang dibeli dari Sampdoria pada musim panas.

“Kami tidak bermain dengan baik tetapi kemenangan adalah sangat penting. Ia bukan mudah untuk bermain di sini, penyokong mereka sangat lantang tetapi kami berjaya membawa pulang tiga mata penuh.”

 ??  ?? SKRINIAR (dua kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol pertama Inter pada aksi Seria A Itali menentang Crotone di Stadium Ezio Scida, Itali Sabtu lepas. — Gambar AFP
SKRINIAR (dua kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol pertama Inter pada aksi Seria A Itali menentang Crotone di Stadium Ezio Scida, Itali Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia