Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens ‘bermaharaj­alela’ di Vicarage Road

Aguero ledak hatrik bantu City membelasah Watford 6-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris

- Mengatasi pemain pertahanan Watford untuk menjaringk­an gol keempat City. — Gambar AFP

LONDON, England: Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Sergio Aguero memastikan kemenangan besar 6-0 ke atas Watford sementara itu, kepulangan Philippe Coutinho gagal mengubah nasib Liverpool yang hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Dengan pendahulu liga sebelum ini, Manchester United bermain lewat menentang Everton, City mempunyai satu peluang untuk menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tiga mata, untuk sekurang-kurangnya sehari berbanding kelab jiran mereka.

Aguero memastikan ia berlaku apabila mengekalka­n kecemerlan­gannya di Vicarage Road.

Anak buah Pep Guardiola membuka jaringan pada minit ke-27 apabila Aguero menanduk satu tendangan percuma Kevin de Bruyne untuk gol ketujuh beliau dari lima perlawanan ketika menentang Watford.

Aguero menambah jaringan empat minit kemudian apabila menolak bola muntah selepas penjaga gol Watford, Heurelho Gomes gagal menangkap rembatan David Silva.

Selepas menjaringk­an gol kelima beliau musim ini, Aguero mengumpan bola kepada Gabriel Jesus pada minit ke-38 untuk gol ketiga perlawanan. Ia adalah gol ke-12 City dalam tempoh seminggu selepas membelasah Liverpool 5-0 dalam aksi liga hujung minggu lepas dan menewaskan Feyenoord 4-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu. Nicolas Otamendi menjaringk­an gol keempat dari satu hantaran lintang Silva pada minit ke-63 sebelum Aguero melengkapk­an hatrik ke-10 beliau bersama City ketika berbaki sembilan minit permainan.

Raheem Sterling masih mempunyai masa untuk melengkapk­an jaringan pada minit ke-89 dari satu tendangan penalti. “Ia sangat bagus. Terutama sekali selepas satu perlawanan di tempat lawan di Eropah. Cara kami bermain sebagai sebuah pasukan dan ia amat menggembir­akan,” kata Guardiola. “Saya bernasib baik untuk membimbing Barcelona dengan banyak aksi cemerlang tetapi minggu ini menyaksika­n banyak gol. Kami telah menemui rentak permainan kami.” Di Anfield, dengan Sadio Mane digantung perlawanan,

“Ia sangat bagus. Terutama sekali selepas satu perlawanan di tempat lawan di Eropah. Cara kami bermain sebagai sebuah pasukan dan ia amat menggembir­akan. ” Pep Guardiola Pengurus Manchester City

OTOMENDI

Coutinho membuat penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama sejak cubaan gagal untuk mendesak satu perpindaha­n ke Barcelona.

Coutinho tidak beraksi pada lima perlawanan pertama musim ini kerana kecederaan belakang sebelum dimasukkan ketika Liverpool seri 2-2 dengan Sevilla dalam Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Tetapi walaupun begitu, Liverpool dikejutkan dengan gol pembukaan Burnley oleh Scott Arfield pada minit ke-27.

Liverpool bagaimanap­un mengikat kedudukan tiga minit kemudian menerusi penyudah Mohamed Salah dari umpanan Emre Can tetapi Liverpool gagal mencari gol kemenangan dengan Coutinho ditukarkan pada lewat permainan.

“Saya tidak gembira, saya marah dengan keputusan ini tetapi berasa gembira dengan permainan pasukan,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Ia kesilapan kami. Kami menguasai permainan tetapi hanya menjaringk­an satu gol.”

Tottenham Hotspur gagal memburu kemenangan liga yang ketiga berturut-turut di Wembley ketika diikat tanpa jaringan oleh Swansea City.

Selepas kemenangan ke atas Borussia Dortmund di Wembley dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, skuad kendalian Mauricio Pochettino tidak bernasib baik apabila rembatan penyerangn­ya, Harry Kane terkena palang dan tiga rayuan tendangan penalti tidak diendahkan pengadil.

Roy Hodgson memulakan tugas sebagai pengurus Crystal Palace tetapi masih mampu mengelak kekalahan kelima berturut-turut pasukan itu apabila tewas 0-1 kepada Southampto­n di Selhurst Park.

Hodgson, bekas jurulatih England, dilantik sebagai pengurus untuk menggantik­an Frank de Boer yang dipecat pada awal minggu ini.

Palace kekal di tangga terbawah liga selepas menjadi pasukan pertama dalam liga elit di England yang tewas lima perlawanan pertama musim baharu dan tanpa menjaringk­an sebarang gol. Jamie Vardy menyelamat Leicester City dengan gol penalti dalam separuh masa kedua untuk mengikat Huddersfie­ld Town 1-1 di tempat lawan. Laurent Depoitre membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-47.

Jamaal Lascelles menjadi wira Newcastle United sekali lagi apabila menewaskan Stoke City 2-1 di St James’ Park.

Newcastle membuka jaringan menerusi rembatan Christian Atsu tetapi Xherdan Shaqiri berjaya mengikat kedudukan sebelum Lascelles, yang juga menjaringk­an gol kemenangan di Swansea City minggu lepas, menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-68.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AGUERO mengekalka­n prestasi cemerlang apabila menjaringk­an hatrik ketika membantu City membelasah Watford pada aksi liga di Vicarage Road, Watford Sabtu lepas. — Gambar AFP
AGUERO mengekalka­n prestasi cemerlang apabila menjaringk­an hatrik ketika membantu City membelasah Watford pada aksi liga di Vicarage Road, Watford Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia