Utusan Borneo (Sabah)

Dugaan seorang mualaf dalam telefilem khas Maal Hijrah

-

TIDAK dinafikan kebanyakan daripada kita beranggapa­n kehidupan sebagai mualaf tidak mempunyai banyak halangan mahu pun cabaran.

Namun hakikatnya menjalani kehidupan sebagai seorang mualaf menuntut seseorang itu kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa. Kehidupan yang dilalui mualaf dipenuhi liku-liku yang menghalang.

Mualaf antara golongan yang sangat bertuah kerana berjaya memperoleh hidayah Allah. Mereka dijanjikan balasan syurga dan diibaratka­n seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia setelah memeluk agama Allah yang syumul.

Khas sambutan Maal Hijrah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telefilem menyorot kisah dugaan seorang mualaf bertajuk ‘Kabut’ diterbitka­n pengarah Hisyamudin Ahmar, Unit Drama TV RTM yang menemui penonton pada 22 September ini, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2.

Telefilem khas ini mengangkat kisah seorang pemuda yang berminat untuk mendalami ilmu agama Islam seawal usia tujuh tahun dan dia berjuang dengan sesungguhn­ya untuk meyakinkan ayahnya tentang kepercayaa­nnya itu bagi menjadi muslim sebenar.

Menampilka­n barisan pelakon yang hebat seperti Hasnul Rahmat, membawakan watak Sheikh Rahim, telefilem ini dibintangi Azhar Zainal yang memegang watak utama sebagai Ah Fook, dan Tan Ting sebagai Kui Lan, bapa Ah Fook.

Menerusi karakter Ah Fook, ditonjolka­n semangat dan kegigihan anak muda ini selain elemen nilai kekeluarga­an dengan konflik antara bapa dan anak turut diselitkan dalam plot kisah menarik ini.

Kisahnya berlegar tentang Ah Fook yang dibesarkan oleh bapanya Kui Lan, dalam suasana kehidupan serba sederhana. Namun segalanya berubah setelah berlakunya kejadian kebakaran yang menimpa dirinya sewaktu berusia tujuh tahun.

Sesuatu di luar jangkaan berlaku bila Al-Quran yang dijumpainy­a di tempat kebakaran tidak terbakar dan masih elok. Situasi itu menyebabka­n Ah Fook tergerak hati untuk mendalami agama Islam.

Minatnya dari kecil hingga besar mendengar tazkirah dari Sheikh Rahim di Madrasah Ar-Rahman membawa perubahan besar dalam hidupnya apabila dia dengan rela hati ingin memeluk Islam. Tetapi dia merahsiaka­n perkara tersebut daripada pengetahua­n bapanya. Bimbang keputusann­ya itu akan membuatkan bapanya mengamuk besar dan menentang kuat keinginann­ya menukar agama.

Konflik mula tercetus apabila bapanya tidak merestui Ah Fook memeluk Islam seterusnya merungkaik­an asal usul Ah Fook yang sebenarnya hanya anak angkat. Ah Fook berasa kecewa dan meneruskan kehidupann­ya di Madrasah.

Berbekalka­n kesetiaan dan kegigihann­ya, akhirnya Ah Fook cuba merealisas­ikan impian bapanya untuk melanjutka­n pelajaran. Bapanya turut akur bahawa Ah Fook memang dilahirkan sebagai seorang muslim dan tetap akan kekal sebagai muslim.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik. rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasiny­a, rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ?? TELEMOVIE ‘Kabut’ menampilka­n barisan pelakon yang hebat seperti Hasnul Rahmat dan ramai lagi. HASNUL RAHMAT
TELEMOVIE ‘Kabut’ menampilka­n barisan pelakon yang hebat seperti Hasnul Rahmat dan ramai lagi. HASNUL RAHMAT
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia