Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pertikai, pesong fakta sejarah pembentuka­n Malaysia

Terdapat individu yang menyalahka­n tindakan pemimpin terdahulu

- Oleh JOHAN AZIZ

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah berkata sejarah pembentuka­n Malaysia melibatkan empat wilayah, Sabah, Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura sepatutnya tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Beliau kesal terdapat beberapa individu yang sengaja memesongka­n fakta untuk mengabui pemikiran masyarakat dengan menyalahka­n tindakan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk bergabung membentuk negara Malaysia.

“Mereka juga memberikan alasan Sabah mampu menjadi sebuah negara maju sekiranya tidak bergabung dalam Pembentuka­n Malaysia,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat daerah di dewan terbuka Dataran Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Adun Kuamut merasakan tidak adil jika masih bercakap tentang pemimpin terdahulu dan mempertika­ikan tindakan mereka dengan mengungkit balik setiap perjanjian yang dibuat.

Katanya, sebaiknya mereka harus memikirkan apa yang sedang rakyat hadapi masa kini dan meneruskan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu.

“Kita sudah rancangkan segala program transforma­si kerajaan mengikut situasi semasa dan kita seharusnya bersyukur kerana pemimpin terdahulu memilih untuk bergabung dalam Pembentuka­n Malaysia berbanding bergabung dengan dua negara jiran lain, Indonesia dan Filipina, yang begitu berminat dengan Sabah.

“Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mengkaji setiap inci sejarah supaya lebih faham dengan setiap tindakan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu termasuk perjanjian Sabah dan Tanah Melayu dalam Pembentuka­n Malaysia.

“Cuba kita bayangkan bila pemimpin-pemimpin kita terdahulu memilih untuk bergabung dengan Filipina atau Indonesia, apa yang akan terjadi kepada rakyat kita? Begitu juga bila kita cuba memerintah sendiri sedangkan dua buah negara besar ini sedang menuntut sebahagian besar bumi Sabah yang kita cintai ini.

“Kita tidak berada dalam situasi pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu, oleh itu kita tiada hak mempertika­ikan tindakan mereka pada masa itu sebaliknya meneruskan legasi pemerintah­an sesuai dengan era politik dunia pada hari ini,” katanya.

Masiung berkata, sebelum ini rakyat tidak pernah terfikir tentang perundinga­n semula Sabah dan Tanah Melayu berkaitan pembentuka­n Malaysia di bawah pemerintah­an parti Usno, Berjaya dan PBS.

Di bawah pemerintah­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, katanya, membuka semula rundingan dan berbincang apa yang terbaik untuk Negeri Sabah.

Katanya, pada 31 Ogos tidak ada lagi sambutan Hari Kemerdekaa­n tetapi diganti pada 16 September yang menandakan rakyat di negeri ini sebagai satu bangsa Malaysia dan tidak akan wujud lagi slogan ‘Sabah For Sabahan’.

Masiung menyifatka­n kemerdekaa­n sama ada 31 Ogos 1957 atau 16 Sept 1963, itu sudah menjadi sejarah dan tidak lagi merdeka dua kali atau tiga kali.

“Jika kita sudah merdeka apa peranan kita sebagai rakyat yang merdeka? Adakah hanya terikut-ikut dengan sekeliling atau adakah kerana kita ini penjawat awam? Adakah kerana kita ini dijemput datang ke sini pada majlis ini? Apakah peranan kita itu cukup ke situ sahaja dan memyerahka­n seratus peratus kepada pemimpin kerajaan untuk mengemudi corak apa negara ini di masa hadapan?

“Jika kita cuma berada di tahap itu maknanya hanya sejarah yang merdeka tetapi kita masih belum merdeka. Peranan kita adalah mengisi kemerdekaa­n itu, menjalinka­n perpaduan yang utuh dan mengubah cara pemikiran kita DATUK MASIUNG BANAH Pembantu Menteri Belia dan Sukan

ke arah yang lebih merdeka.

“Sebab itu, kita melancarka­n buku Suara Kuamut yang menghimpun­kan segala adat resam, pendapat, budaya dan pelbagai pencetus idea untuk kemajuan di kawasan kita pada masa akan datang,” katanya.

M a siung memberitah­u bahawa salah satu contoh fikiran dan minda yang belum merdeka adalah sentimen yang sentiasa menyalahka­n orang lain.

Katanya, tidak ada erti kemerdekaa­n sekiranya rakyat masih berpeluk tubuh. Kemerdekaa­n sebenarnya bukanlah setakat mahu

bersama mengekalka­n keharmonia­n tetapi turut sama menggemble­ng tenaga untuk mencapai pendapatan dari segi ilmu, ekonomi, dan sebagainya kepada negara.

“Sementarak­itamasihbe­rada di kepimpinan ini, salah satu usaha kita adalah manjadikan daerah kita sabagai lubuk pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mewujudkan sebuah institusi yang setaraf dengan mana-mana institusi lain dari segi kemahiran yang akan mengeluark­an sumber tenaga manusia mahir dan terbaik di daerah ini.

“Kita tidak berada dalam situasi pemimpinpe­mimpin kita yang terdahulu, oleh itu kita tiada hak mempertika­ikan tindakan mereka pada masa itu sebaliknya meneruskan legasi pemerintah­an sesuai dengan era politik dunia ” pada hari ini

“Kemerdekaa­n yang kita nikmati sekarang sebenarnya bukanlah bebas daripada penjajahan semata-mata tetapi juga bebas daripada pemikiran yang sntiasa menyalahka­n orang lain dan berpeluk tubuh tanpa berusha untuk maju dan membangun,” katanya.

Beliau berharap sempena majlis itu, rakyat di daerah ini terus mengekalka­n keamanan dan kemakmuran dengan semangat patriotik cintakan negara demi kesejahter­aan dan keharmonia­n serta perpaduan bersama.

Pada majlis itu, Masiung turut melakukan pelepasan 15 kenderaan dari setiap jabatan dalam Konvoi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bermula di simpang Entilibon ke Dataran Rakyat Pekan Tongod.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Robert Stidi, Ketua Daerah OKK Hashim Omar, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tongod Laising Podok serta Pegawai Belia dan Sukan Patrick Suhaimi.

 ??  ?? MASIUNG (empat kiri) bergambar kenangan dengan orang ramai yang menghadiri sambutan itu.
MASIUNG (empat kiri) bergambar kenangan dengan orang ramai yang menghadiri sambutan itu.
 ??  ?? ROBERT (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masiung.
ROBERT (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masiung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia