Utusan Borneo (Sabah)

Penceroboh­an Tanduo menyedarka­n rakyat Sabah harga keamanan itu tidak ternilai

-

LAHAD DATU: Penceroboh­an pengganas Sulu di Kampung Tanduo dekat sini pada 9 Feb 2013 yang turut mengorbank­an nyawa anggota keselamata­n dalam pertempura­n 1 Mac 2013 ketika itu, menyedarka­n rakyat Sabah harga sebuah keamanan itu tidak ternilai, demikian kata ketua sukarelawa­n Anak Watan Lahad Datu (Awal), Ghazali Said.

Menyingkap kejadian kira-kira empat tahun lalu itu, Ghazali berkata ketika itu daerah Lahad Datu seakan-akan lumpuh dengan sistem komunikasi diputuskan, sekolah diarah tutup, premis-premis termasuk pasaraya tutup sehinggaka­n bekalan makanan sukar didapati.

“Ketika itu masa seakan-akan berhenti, seluruh Lahad Datu menjadi sunyi sepi dengan penduduk takut keluar rumah, takut menjalanka­n aktiviti harian kerana khuatir diancam pengganas, “katanya kepada Bernama.

Menurutnya, ketika itu mantan Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku, allahyarha­m Datuk Suhaili Said mahu rakyat bersatu berhadapan situasi tersebut dan membantu golongan terjejas dengan menubuhkan pasukan sukarelawa­n.

Selepas saranan itu, Awal ditubuhkan sekelip mata dan berfungsi menyalurka­n bantuan berupa makanan dan minuman kepada penduduk terjejas di sekitar kawasan penceroboh­an termasuk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian.

Sewaktu kemuncak krisis dengan pertempura­n berlaku, Ghazali berkata keadaan menjadi genting, panik dan penyelaras­an bantuan serta penduduk terjejas tidak ditempatka­n di zon tepat seperti dewan.

“Penduduk lari ke ladang sawit bersembuny­i dan hidup berkelompo­k dalam khemah kecil dan ketika ini Awal berperanan mengesan dan menghantar makanan dengan piawaian tugasan memandu dalam keadaan 120 hingga 140 km/j kerana zon dimasuki itu kawasan merah.

“Kita juga merasa takut kerana tiada esscot dari anggota keselamata­n kerana dalam situasi perang semua tindakan bantuan merupakan tanggungja­wab sendiri,” katanya sambil tersenyum menceritak­an kisah Awal yang dianggotai 28 sukarelawa­n dengan kekuatan jentera 20 kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata bantuan hanya dapat diselarask­an selepas tiga hari dan ketika itu semua agensi kerajaan beroperasi untuk membantu penduduk terjejas.

Katanya, pada ketika itu dapat dillihat kebersatua­n semua pihak dan rakyat Malaysia bersolidar­iti memberi bantuan, sokongan serta doa.

“Apabila krisis, bekalan air pun sukar didapati dan ada bantuan daripada para sukarelawa­n di Kota Kinabalu yang sanggup datang sendiri menghantar bekalan makanan dan air di Lahad Datu,” katanya lagi bahawa Awal turut menghantar bekalan air kepada anggota pasukan keselamata­n yang bertugas di ladang, dan hutan termasuk di balai polis.

Apabila mengingati gugurnya anggota keselamata­n Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud serta beberapa anggota lain cedera ketika mempertaha­nkan Lahad Datu, Ghazali menzahirka­n rasa terima kasih kepada seluruh warga pasukan keselamata­n yang sanggup meninggalk­an keluarga dan datang bertugas di Sabah menjaga perairan negara dari diceroboh sehingga kini.

“Saya bukti menyaksika­n ketika penceroboh­an berlaku, anggota keselamata­n ini bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n penduduk...Saya nampak army kita tidur dibawah tayar kereta, sebulan krisis itu, sebulan juga mereka di sana mengawal aset keselamata­n ... lain lagi kita punya sniper yang berada di kedudukann­ya sepanjang masa,” katanya.

Beliau turut tergelak kecil ketika teringat kisah lucu anggota Awal menunggu di lapangan terbang semata-mata mahu memberi penghormat­an kepada anjing pengesan (K9) pelbagai pangkat dibawa ke Lahad Datu.

“Melihat haiwan itu kami beri tabik hormat kerana kami respek terhadap setiap aset ketenteraa­n Malaysia yang dibawa ke Lahad Datu semata-mata untuk mempertaha­nkan kedaulatan negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia