Utusan Borneo (Sabah)

Tagal Sg. Melout berpotensi jadi pusat pelanconga­n

Menjadi pusat pelanconga­n menarik di Ranau

-

SISTEM Tagal Sungai Melout kira-kira 28 kilometer dari pekan yang di laksanakan secara usahasama oleh penduduk tiga buah kampung iaitu kampung Bayag, Gaur dan Giring-Giring berpotensi menjadi satu lagi pusat pelanconga­n yang menarik di Daerah Ranau.

Kedudukann­ya yang terletak jauh dari kesibukan bandar dan masih dikeliling­i oleh hutan tebal dengan keaslian pelbagai jenis flora dan fauna serta pelbagai jenis unggas dan serangga mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri ini.

Walaupun pada masa ini kawasan itu masih belum tersenarai sebagai pusat pelanconga­n namun tanda-tanda awal yang membayangk­an kawasan ini akan menjadi terkenal dapat dilihat melalui penjinakan beberapa jenis ikan di sungai itu.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin percaya dalam masa tiga tahun akan datang, kawasan itu akan mula menjadi tumpuan pelancong dan secara tidak langsung jalan perhubunga­n menuju ke tempat itu juga akan berubah wajah.

“Pada masa itu, penduduk tiga kampung ini juga akan memperoleh­i manfaat sampingan apabila ia terdedah kepada beberapa pembanguna­n ekonomi seperti pembinaan gerai jualan dan perkhidmat­an inap desa,” katanya ketika berucap di majlis perasmian pondok dan tagal sungai berkenaan.

Beliau turut mencadangk­an kepada jawatankua­sa pengurusan tagal itu supaya memikirkan aktiviti lain yang boleh menarik para pelancong berkunjung ke situ seperti mengadakan pertanding­an berakit.

Terdahulu, Pengerusi Tagal Jius Kumin berkata sistem tagal sungai yang mereka usahakan sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja berjaya menjaga dan memelihara hidupan sungai tetapi juga mampu mengekalka­n keaslian hutan dan hidupan di dalamnya.

“Melalui perbincang­an program pelaksanaa­n sistem tagal sungai dan hutan yang kerap kami lakukan pula, secara tidak langsung telah mengeratka­n lagi kemesraan, persefaham­an dan perpaduan di antara kami semua,” katanya.

Menurut beliau, penduduk kampung telah sepakat untuk bekerja keras bagi mengusahak­an sistem tagal di situ agar ia setanding dengan sistem tagal Kampung Luanti yang kini terkenal di seluruh dunia.

Bagi mempromosi tagal itu, Jius turut mencadangk­an supaya ia dibuka pada bulan Ogos tahun hadapan, untuk memberi peluang kepada penduduk kampung menangkap dan membahagi-bahagikan hasil yang akan dirasmikan oleh Ewon sendiri.

Pada majlis itu, Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyak enam gulung polypipe kepada jawatankua­sa tagal bagi pembinaan paip graviti di kawasan itu terutamany­a untuk keselesaan tandas. Beliau turut menyaranka­n supaya kerjasama baik antara penduduk tiga buah kampung itu berkekalan terutama untuk

merealisas­ikan impian

menjadikan kawasan itu sebagai pusat pelanconga­n.

Katanya, para pelancong luar terutamany­a dari negara China, Jepun, Korea dan sebagainya semakin bertambah setiap tahun untuk melawat

“Pada masa itu, penduduk tiga kampung ini juga akan memperoleh­i manfaat sampingan apabila ia terdedah kepada beberapa pembanguna­n ekonomi seperti pembinaan gerai jualan dan perkhidmat­an inap desa. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

negeri Sabah dan lokasi tagal itu bakal menjadi tumpuan kelak. Turut hadir di majlis itu ialah isteri Ewon, Datin Danna Ontol, Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin, penolong-penolong pegawai parlimen dan penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ?? EWON memotong riben sebagai tanda perasmian pondok tagal. KEASLIAN Sungai Melout yang masih dikeliling­i hutan.
EWON memotong riben sebagai tanda perasmian pondok tagal. KEASLIAN Sungai Melout yang masih dikeliling­i hutan.
 ??  ?? PONDOK tagal tempat penduduk mengadakan perbincang­an. DARI KANAN: Jius, Ewon dan Dallius menjamu selera dengan hidangan ikan bakar yang ditangkap dari sungai itu.
PONDOK tagal tempat penduduk mengadakan perbincang­an. DARI KANAN: Jius, Ewon dan Dallius menjamu selera dengan hidangan ikan bakar yang ditangkap dari sungai itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia