Utusan Borneo (Sabah)

SK Pekan Ranau pupuk perpaduan

500 murid jayakan kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaa­n

- Oleh JAINUDIN NASIR

PENYERTAAN para guru dan ibu bapa bersama lebih 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Ranau dalam majlis kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat sekolah itu menerapkan semangat patriotism­e selain menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n negara ke-60 tahun.

Program bertema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ itu juga menjadi landasan untuk memupuk perpaduan serta permuafaka­tan sekaligus menerapkan nilai-nilai murni serta semangat cintakan negara dalam kalangan warga sekolah.

Majlis itu yang bermula seawal jam 7.30 pagi dengan perarakan sejauh kira-kira satu kilometer dari padang sekolah mengelilin­gi Pekan Ranau dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah sambil menyanyika­n lagu-lagu patriotik, dan diselitkan dengan laungan ‘Merdeka’ sepanjang perjalanan perarakan yang mendapat kawalan keselamata­n daripada Unit Polis Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari IPD Ranau.

Guru Besar Mostajah @ Zunaidi Dullah bersama Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bahagian Pentadbira­n Yuesri Ismail Yusuf, Ketua Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Rapedah Hassan dan Yang Dipertua PIBG SK Pekan Kasinin Basir bersama Jawatankua­sa PIBG yang lain turut menyertai perarakan itu.

Perarakan selama kirakira 50 minit itu berakhir di padang sekolah sebelum semua murid beredar ke dewan terbuka sekolah untuk mengikuti pelbagai acara sejurus majlis perasmian yang disempurna­kan Yuesri.

Yuesri dalam ucapan perasmiann­ya memuji pentadbira­n sekolah kerana berjaya merancang dan melaksanak­an program sambutan kemerdekaa­n peringkat sekolah setiap tahun dengan jayanya.

“Program seperti ini dapat meningkatk­an permuafaka­tan dalam kalangan ibu bapa dengan guru. Inisiatif murni ini dijadikan wadah untuk menerapkan semangat patriotism­e serta perasaan cintakan negara sendiri dalam kalangan murid,” katanya.

Beliau berkata, murid hari ini merupakan bakal pemimpin keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Justeru, mereka perlu mempelajar­i sejarah negara dan negeri terutama sejarah kemerdekaa­n, sekaligus mengenang jasa serta pengorbana­n para pemimpin terdahulu yang telah bertungkus­lumus memperjuan­gkan kemerdekaa­n negara daripada kuasa asing.

“Murid-murid perlu mempelajar­i sejarah dan menghayati erti kemerdekaa­n termasuk liku-liku serta kepayahan yang telah dilalui para pemimpin terdahulu dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n daripada kerajaan British,” katanya.

Sementara itu, antara acara yang diadakan ialah Pertanding­an Lagu Patriotik melibatkan peserta lelaki dan perempuan Tahap 1 dan Tahap 2 seterusnya penyampaia­n hadiah kepada para pemenang acara yang dipertandi­ngkan termasukla­h Pertanding­an Keceriaan Kelas, Pertanding­an Melukis, Pertanding­an Deklamasi Puisi Merdeka, Kuiz, Pertanding­an Pakaian Kreatif Patriotik Merdeka dan Lagu-lagu Patriotik.

Mostajah ketika ditemui berterima kasih di atas penyertaan daripada semua ibu bapa dan guru-guru dan juga kehadiran Yuesri.

Menurutnya, program itu merupakan antara aktiviti yang dirancang untuk dilaksanak­an selepas UPSR di sekolah itu setiap tahun, yang bertujuan menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n dan dalam masa yang sama, memupuk perpaduan dalam kalangan guru dengan ibu bapa.

Menyerikan majlis ialah persembaha­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT) oleh mantan guru SK Pekan Ranau, Satrin Nasir disusuli deklamasi puisi berjudul ‘Wira-Wirawati Negara’ oleh salah seorang pengamal media ranau (GMR), Sanisah SA.

Program seperti ini dapat meningkatk­an permuafaka­tan dalam kalangan ibu bapa dengan guru. Inisiatif murni ini dijadikan wadah untuk menerapkan semangat patriotism­e serta perasaan cintakan negara sendiri dalam kalangan murid.

YUESRI ISMAIL YUSUF Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bahagian Pentadbira­n

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid bersama guru dan ibu bapa sempat merakam gambar kenangan selepas perarakan.
SEBAHAGIAN murid bersama guru dan ibu bapa sempat merakam gambar kenangan selepas perarakan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta perarakan sempat merakam gambar kenangan.
SEBAHAGIAN peserta perarakan sempat merakam gambar kenangan.
 ??  ?? ANTARA guru dan ibu bapa yang menyertai perarakan.
ANTARA guru dan ibu bapa yang menyertai perarakan.
 ??  ?? YUESRI (tengah) mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
YUESRI (tengah) mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali.
 ??  ?? PERARAKAN menuju Pekan Ranau.
PERARAKAN menuju Pekan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia