Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama erat PIBG dan sekolah

Tingkat pencapaian akademik anak-anak

- Oleh YUSOP TEPPO

KERJASAMA erat antara ibu bapa dan guru sangat penting bagi warga sekolah meningkatk­an prestasi dan kecemerlan­gan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 Husin Lahaya berkata ibu bapa perlu memainkan peranan lebih berkesan bagi membantu sekolah menyusun program yang bermanfaat kepada pelajar.

“Ibu bapa dan guru seharusnya bersikap positif dan sama-sama berganding bahu bagi merancang dan merealisas­ikan program yang boleh membantu meningkatk­an pencapaian pelajar,” katanya.

Beliau berkata kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dapat meningkatk­an pencapaian akademik pelajar di sesebuah sekolah.

“Melalui PIBG ini juga kita dapat melaksanak­an pelbagai program serta aktiviti boleh disusun termasuk mengatasi kekurangan yang ada termasuk memohon kemudahan asas yang masih diperlukan pihak sekolah,” katanya.

Husin yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Kinabatang­an menjelaska­n kesedaran perlu ada dalam kalangan ibu bapa mengenai pentingnya peranan PIBG.

“Mereka harus sedar PIBG tidak ditubuhkan begitu sahaja tanpa matlamat yang jelas. Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui penubuhan PIBG diperuntuk­kan di bawah Akta Pendidikan 1961,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program GotongRoyo­ng Perdana SK Paris 3 Kinabatang­an di perkaranga­n sekolah berkenaan, pada Sabtu.

Husin menjelaska­n PIBG menjadi persatuan penting yang mempunyai fungsi dan tanggungja­wab tertentu.

“Pada asasnya PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembanguna­n serta kemajuan sekolah dan pelajar,” katanya.

Beliau menambah bagi ibu bapa yang sering menghadiri mesyuarat PIBG pastinya akan merasakan PIBG menjadi saluran dan forum terbaik untuk berbincang dan menyelesai­kan masalah, birokrasi dan isu yang timbul berkaitan pembelajar­an anak-anak mereka.

“Fungsi PIBG ini akan dapat dilaksanak­an dengan baik sekiranya PIBG sesebuah sekolah itu aktif dan mempunyai barisan ahli jawatankua­sa yang komited serta mendapat sokongan ibu bapa pelajar,” katanya.

Katanya yang penting dalam mengendali­kan PIBG, ia mesti mendukung visi yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara (DPN).

Selain itu, beliau berkata PIBG harus menerapkan gagasan 1Malaysia dan Pelan Integriti Nasional (PIN) sebagai sebahagian daripada objektifny­a.

Maknanya PIBG menjadi platform terbaik bagi ibu bapa dan guru berinterak­si secara bersemuka untuk berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai kemajuan dan prestasi akademik pelajar serta perkara-perkara berkaitan disiplin, sahsiah dan akhlak pelajar.

“Ibu bapa juga boleh memberikan cadangan untuk meningkatk­an lagi prestasi “Melalui PIBG ini juga kita dapat melaksanak­an pelbagai program serta aktiviti boleh disusun termasuk mengatasi kekurangan yang ada termasuk memohon kemudahan asas yang masih diperlukan pihak sekolah.

HUSIN LAHAYA

Pengerusi PIBG SK Paris 3 akademik dan kokurikulu­m sesebuah sekolah itu. PIBG juga boleh memainkan peranan sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan sebarang salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Husin berkata apapun kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu ibu bapa.

Oleh itu, katanya ibu bapa tidak sepatutnya memandang remeh terhadap mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah anak-anak mereka belajar.

Pada masa yang sama, beliau berkata sehingga kini PIBG mendapat sokongan padu dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa sekolah ini.

“Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa sekolah ini yang sentiasa memberi komitmen dan kerjasama baik kepada PIBG dalam apa juga program serta usaha dalam meningkatk­an kecemerlan­gan anak-anak,” katanya.

Mengenai program hari ini, Husin berkata program gotong-royong perdana yang diadakan juga secara tidak langsung dapat mendidik murid dan anggota masyarakat erti kepentinga­n kebersihan dan pemulihara­an alam sekitar.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan seperti mengecat pasu dan tiang, membersihk­an tandas serta kawasan taman permainan, mengecat dan bersihkan persekitar­an sekolah.

“Alhamdulil­lah sambutan yang diberikan oleh ibu bapa amat menggalakk­an serta banyak membantu dalam aktiviti gotong-royong di sini.

“Selain daripada membersih dan menceriaka­n kawasan pra sekolah, ibu bapa juga dapat beramah mesra dengan guru-guru serta turut bertanyaka­n perkembang­an pembelajar­an anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Paris 3 Norasmah Cawa berkata program seperti ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah sekaligus mendidik kepada murid-murid mengenai menjaga kebersihan persekitar­an.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada pihak PIBG yang begitu berusaha dalam melaksanak­an pelbagai program di sekolah ini.

Mengenai pembanguna­n sekolah ini, Norasmah amat terima kasih kepada Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin yang menyediaka­n peruntukan penyelengg­aran astaka sekolah ini melalui peruntukan parlimenny­a.

“Kerajaan juga telah meluluskan 18 bilik darjah jenis kabin yang mana kini kerja-kerja pengukuran telah dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada bapa angkat sekolah ini yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, yang banyak membantu dalam apa juga program sekolah dan aktiviti PIBG.

“Salah satu contoh, program gotong-royong hari ini juga kita mendapat sumbangan dari Datuk Jafry iaitu baju dan wang tunai dalam mengerakka­n aktiviti ini,” katanya.

Norasmah berharap bapa angkat sekolah ini (Jafry) dapat kekal menjadi bapa angkat sekolah pada masa akan datang kerana usaha yang tidak putusputus beliau itu telah banyak membantu pihak sekolah dan PIBG sekaligus membantu pelbagai program kecemerlan­gan anak-anak sekolah ini.

 ??  ?? HUSIN (tengah) bersama Norasmah (dua kiri) serta penolong kanan pihak sekolah.
HUSIN (tengah) bersama Norasmah (dua kiri) serta penolong kanan pihak sekolah.
 ??  ?? HUSIN dibantu Norasmah serta guru-guru menceriaka­n persekitar­an sekolah.
HUSIN dibantu Norasmah serta guru-guru menceriaka­n persekitar­an sekolah.
 ??  ?? HUSIN dan Norasmah bergambar bersama guru-guru serta ibu bapa.
HUSIN dan Norasmah bergambar bersama guru-guru serta ibu bapa.
 ??  ?? HUSIN serta guru-guru dan murid mengadakan gotong-royong.
HUSIN serta guru-guru dan murid mengadakan gotong-royong.
 ??  ?? HUSIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Jafry.
HUSIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Jafry.
 ??  ?? GURU-GURU serta murid membersihk­an sekolah.
GURU-GURU serta murid membersihk­an sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia