12 rumah kebajikan terima sumbangan Puspanita
DUA belas rumah kebajikan menerima sumbangan daripada Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah.
Penerima terdiri daripada Bethany Home II, Taman Seri Puteri, Sekolah Tunas Bakti, Rumah Bukit Harapan Menggatal, Grace Old Folks Home, Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Amal Cheshire Sabah, Majlis Persatuan Warga Emas Sabah, Persatuan CHILD Sabah dan Persatuan Kebajikan Kinarut Sabah yang masing-masing menerima sumbangan RM3,000.
Turut menerima sumbangan RM2,000 adalah Rumah Bukit Harapan Inanam dan Desa Bina Diri serta Persatuan Bagi Orangorang Pekak Sabah dengan RM5,000.
Sumbangan keseluruhan RM40,000 itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga Penasihat Program Ziarah Kebajikan Puspanita di Bethany Home II, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Ia merupakan sebahagian daripada program di bawah Biro Pesara, Biro kebajikan, Biro Kesukarelawan dan tabung Puspadara Puspanita yang bertujuan membantu ahli dan masyarakat memerlukan selari dengan peranan mereka sebagai sebuah persatuan kebajikan.
Sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat Puspanita Tan Sri
Dr Ali Hamsa itu bertujuan membantu ahli dan masyarakat yang memerlukan.
Beliau yang ditemani isteri yang juga Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah turut beramah mesra dan menyampaikan sumbangan hamper serta kewangan kepada 26 penghuni rumah berkenaan.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku penasihat dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Puan Sri Hairani Husaini.