Utusan Borneo (Sabah)

472 AKP daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu hadiri Bicara AKP Bersama JPNS

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM Bicara AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana) Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) peringkat daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan program yang julung kali diadakan di daerah Kudat, bahkan di negeri Sabah.

Program yang berlangsun­g Jumaat (15 September) lalu di Dewan Tun Mustapha Kudat, berjaya menghimpun­kan seramai 472 orang AKP atau pembantu tadbir sekolah dari tiga daerah iaitu Kudat, Pitas dan Kota Marudu.

Majlis ‘Bicara AKP bersama JPNS’ ini merupakan cetusan idea pintar oleh Pengarah JPNS Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

Pelaksanaa­n program diterjemah­kan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kudat yang diterajui Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kudat Sh Azad Sh Attar dan dikelolaka­n melalui Jawatankua­sa AKP Daerah Kudat.

Program tersebut selaras dengan usaha dan komitmen serta slogan ‘Kudat Juara’ ke arah mendukung dan merealisas­ikan slogan JPNS sekarang ini iaitu ‘JPNS No.1 Menerajui Perubahan’.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana program itu, Mustapha Kamal Kassam berkata, program itu merupakan transforma­si kesungguha­n dan inisiatif Pengarah JPNS untuk ‘turun padang’ bukan sahaja ‘bertemu’ warga guru atau pendidik, tetapi juga para Pembantu Tadbir (PT) atau kerani sekolah yang kini dijenamaka­n sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

Katanya, usaha penganjura­n program itu didasari matlamat besar dan bersepadu untuk menyampaik­an mesej dan amanat penting tentang isu-isu semasa, dasar-dasar kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam supaya difahami dan diamalkan dalam perkhidmat­an.

Mustapha yang juga Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati II Kudat menjelaska­n, program itu juga bertujuan mengetenga­hkan bakat kepimpinan dan pengurusan serta potensi warga AKP dalam mengendali­kan majlis-majlis penting bersama kepimpinan tertinggi JPN Sabah.

Dalam ucaptama Pengarah JPNS Datuk Maimunah Suhaibul mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, khususnya PPD Kudat (Sh Azad Sh Attar) dan juga Ketua AKP Daerah Kudat (Mustapha Kamal Kassam) kerana berjaya mengadakan program tersebut dengan jayanya.

Katanya, Program Bicara AKP Bersama JPNS yang menggabung­kan AKP tiga daerah berjiran itu merupakan acara yang julung kalinya diadakan di daerah Kudat, bahkan yang pertama kali diadakan di Sabah.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut dan teruja serta berbangga dengan kehadiran seramai 472 orang AKP dari tiga daerah tersebut.

“JPN Sabah memerlukan khidmat AKP yang penuh berintegri­ti untuk membantu kemenjadia­n dalam organisasi di sekolah”, kataMaimun­ah dalam bicaranya sebagai ‘Slot Kedua’ sekali gus ucaptama dalam program itu.

Justeru katanya, program mendekati AKP seumpamany­a adalah sangat penting bagi memantapka­n tugas dan peranan AKP sebagai nadi dalam pengurusan dan pentadbira­n sekolah serta kecemerlan­gan organisasi.

Menurutnya, ia juga selaras dengan slogan JPNS iaitu ‘JPNS Nombor Satu Menerajui Perubahan’.

Dalam usaha meningkatk­an kualiti dan prestasi perkhidmat­an, Maimunah menyaranka­n semua AKP mengamalka­n konsep dan pendekatan ‘2R’ iaitu Respect dan Reponsibil­ity dalam perkhidmat­an mereka seharian.

Katanya, Respect bermaksud menghormat­i ketua jabatan dan pelanggan, sama ada pengetua atau guru besar iaitu jawatan yang diamanahka­n, manakala pelanggan adalah merujuk kepada sesiapa sahaja yang datang berurusan dan memerlukan bantuan dan perkhidmat­an kita dalam sesuatu organisasi.

Sementara itu, Responsibi­lity ialah nilai ke bertanggun­gjawab a n dalam tugas masingmasi­ng, termasukla­h dalam mengurus kewangan dengan penuh integriti, pematuhan masa bekerja, bersedia ditegur dan menegur untuk kebaikan organisasi.

Beliau menegaskan, semua ahli (anggota) dalam sesebuah organisasi adalah orang penting dan mempunyai peranan tertentu yang penting, saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Oleh itu katanya, kerjasama, persefaham­an dan permuafaka­tan itu sangat penting dalam setiap organisasi.

Beliau juga menyaranka­n semua pentadbir sekolah supaya menyokong dan melaksanak­an dasar-dasar kerajaan serta mengamalka­n ciri-ciri penjawat awam yang berkualiti dengan menampilka­n keunggulan peribadi, kompetensi dan profesiona­lisme.

Pengarah JPNS itu juga mengucapka­n tahniah kepada AKP di daerah Kudat kerana jumlah bilangan sekolah yang mendapat audit cemerlang bertambah dari lapan sekolah (2015) kepada 13 sekolah (2016) yang mendapat prestasi audit cemerlang.

Katanya, perubahan dan penambahba­ikan tersebut menunjukka­n AKP di daerah Kudat berada di landasan yang betul dan sedang merealisas­ikan slogan ‘Kudat Juara’ dan JPNS No.1 Menerajui Perubahan.

Dalam perkembang­an lain, Maimunah juga meminta pengetua dan guru besar (PGB) serta pengurusan asrama agar mengambil perhatian tegas terhadap aspek keselamata­n pelajar/murid di asrama.

Tegasnya, keselamata­n bangunan harus menepati peraturan dan mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Katanya, ia penting untuk mengelakka­n tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Kuala Lumpur yang terbakar Khamis lalu dan mengorbank­an 21 pelajar dan dua warden yang juga guru agama di pusat tersebut.

Terdahulu, Mustapha Kamal (Pengerusi AKP Daerah Kudat) merakamkan penghargaa­n khas atas kehadiran pengarah JPNS yang juga pencetus idea pintar terhadap pelaksanaa­n program berkenaan.

Katanya, pihak AKP dan kepimpinan PPD Kudat berkongsi rasa terharu dan gembira kerana ia merupakan kehadiran kali pertama pemimpin nombor satu JPNS bersama barisan AKP di daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembanguna­n (SKPP) JPNS Terry Hendry yang menyampaik­an slot pertama bertajuk ‘AKP Mendokong JPN No.1 Menerajui Perubahan’.

Ceramah itu sangat berharga dan bermakna kepada semua AKP dan pihak pentadbir sekolah yang bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah itu.

Mustapha berkata, pihak AKP dari tiga daerah itu sepakat berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan sentiasa peka kepada arahan yang diterima dari ketua jabatan ke arah penambahba­ikan kualiti perkhidmat­an.

“Warga AKP juga berdiri teguh menyokong dan merealisas­ikan tekad JPNS sebagai nombor satu meneraju perubahan,” katanya.

Beliau berharap melalui program itu dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m dan hubungan baik dalam kalangan AKP tiga daerah - Kudat, Pitas dan Kota Marudu (KuPiKoM) ke arah meningkatk­an kualiti permufakat­an dan prestasi perkhidmat­an demi kecemerlan­gan organisasi.

“Tahniah juga kepada AKP yang sudah berjaya mendapat Ijazah dan juga kepada 13 sekolah di daerah Kudat yang mendapat prestasi audit cemerlang pada tahun lalu,” katanya sambil berharap pencapaian itu terus dipertingk­atkan dan dijadikan suntikan motivasi kepada sekolah yang lain.

Turut diadakan sempena program itu ialah upacara lafaz ‘ikrar penjawat awam’ yang diketuai sendiri Mustapha Kamal Kassam.

Hadir sama pada majlis itu ialah PPD Kudat Sh Azad Sh Atatr, PPD Pitas Abdul Gani Haiyun, wakil PPD Kota Marudu (KM) Sanaleh Daud yang juga Ketua Unit Teknik dan Vokasional PPD KM, Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kudat Asung Japril dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Kudat.

 ??  ?? MAIMUNAH menyampaik­an amanat sambil menyaranka­n AKP mengamalka­n konsep dan pendekatan 2R dalam menghasilk­an perkhidmat­an berkualiti.
MAIMUNAH menyampaik­an amanat sambil menyaranka­n AKP mengamalka­n konsep dan pendekatan 2R dalam menghasilk­an perkhidmat­an berkualiti.
 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) dan Terry bersama sebahagian warga pendidik dan AKP yang menghadiri Bicara AKP Bersama JPNS di Kudat.
MAIMUNAH (tengah) dan Terry bersama sebahagian warga pendidik dan AKP yang menghadiri Bicara AKP Bersama JPNS di Kudat.
 ??  ?? MAIMUNAH (empat kanan), Terry (tengah), Sh Azad (dua kanan), Abdul Gani (kanan) dan Asung (empat kiri) bergambar kenangan di Foto Booth sempena program itu.
MAIMUNAH (empat kanan), Terry (tengah), Sh Azad (dua kanan), Abdul Gani (kanan) dan Asung (empat kiri) bergambar kenangan di Foto Booth sempena program itu.
 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) bersama sebahagian AKP merakamkan gambar kenangan bersamanya.
MAIMUNAH (tengah) bersama sebahagian AKP merakamkan gambar kenangan bersamanya.
 ??  ?? MAIMUNAH (tiga kanan) bersama sebahagian lagi AKP mengabadik­an gambar kenangan.
MAIMUNAH (tiga kanan) bersama sebahagian lagi AKP mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? YDP MGB Kudat Asung Japril (empat kiri) dan Abdul Gani (PPD Pitas) bersama sebahagian guru besar yang menghadiri program itu.
YDP MGB Kudat Asung Japril (empat kiri) dan Abdul Gani (PPD Pitas) bersama sebahagian guru besar yang menghadiri program itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 472 AKP daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas yang menghadiri program julung kali dianjurkan.
SEBAHAGIAN daripada 472 AKP daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas yang menghadiri program julung kali dianjurkan.
 ??  ?? MUSTAPHA menyampaik­an cenderamat­a kepada Sh Azad sambil diperhatik­an Maimunah (tengah).
MUSTAPHA menyampaik­an cenderamat­a kepada Sh Azad sambil diperhatik­an Maimunah (tengah).
 ??  ?? TERRY menyampaik­an slot AKP Mendukung JPNS No.1 Menerajui Perubahan.
TERRY menyampaik­an slot AKP Mendukung JPNS No.1 Menerajui Perubahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia