Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut dalam rumah hantu di HK

-

HONG KONG: Seorang lelaki maut dalam rumah hantu ‘Buried Alive’ ketika taman tema terbesar Hong Kong memulakan sambutan festival tahunan Halloween.

Cheung, 21, dipercayai terhantuk pada keranda kelmarin, menurut media.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri lima minit sejurus memasuki lokasi tarikan tersebut, menurut CEO Ocean Park Matthias Li kelmarin menyatakan rasa sedih berhubung tragedi itu.

Mangsa kemudianny­a disahkan mati di hospital, kata polis.

‘Buried Alive’ sebahagian festival bertema Halloween di Ocean Park yang berlangsun­g mulai 5 hingga 31 Oktober.

Menurut laman sesawang taman: “Pengunjung akan ber-depan pengalaman ditanam hidup-hidup berseorang­an sebelum berusaha untuk keluar dari liang lahat yang gelap dan mengerikan.”

Para pengunjung sepatutnya memasuki gelongsor yang bertukar menjadi keranda dan merentasi rumah hantu itu melalui selirat berbatu yang dipenuhi ‘hantu jahat’, menurut taman tersebut.

Kerajaan Hong Kong percaya Cheung memasuki rumah hantu itu dengan selamat tetapi merayau ke kawasan larangan di mana mangsa dilanggar jentera.

“Mangsa dipercayai telah memasuki kawasan operasi mekanikal yang tidak dibuka kepada pengunjung sebelum terkena satu alat mekanikal,” menurut satu kenyataan.

Kerajaan mengarahka­n penutupan rumah hantu itu hingga notis lanjut.

Cheung rakan salah seorang pekerja subsidiari Kumpulan Swire dan melawat Ocean Park dalam acara tahunan kakitangan anjuran syarikat, lapor harian South China Morning Post.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia