Utusan Borneo (Sabah)

Ankara bebas, usir wartawan ‘teroris’ Perancis

-

PARIS: Seorang wartawan muda yang ditahan atas dakwaan terorisme di Turki dalam kes yang mencetuska­n ketegangan dengan Perancis, tiba di Paris semalam setelah dibebaskan.

Loup Bureau, 27, tiba dengan jet Air France di Lapangan Terbang Antarabang­sa Charles de Gaulle dalam penerbanga­n dari Istanbul, menurut kumpulan kempen Reporters without Borders (RSF) dalam Twitter.

Sebaik tiba, beliau dibawa ke suite VIP, disambut Menteri Kebudayaan Francoise Nyssen, ahli keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya amat lega dapat kembali ke sini,” kata Bureau.

Pelajar kewartawan­an itu yang pernah bekerja dengan saluran televisyen TV5 dan Arte serta laman sesawang Slate, ditahan pada 26 Julai di pos sempadan Habur di wilayah tenggara Sirnak dekat sempadan dengan Iraq.

Beliau didakwa menganggot­ai Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG), kumpulan yang diklasifik­asi Ankara sebagai sebuah pertubuhan teroris.

Penahanan Bureau mencetuska­n kempen berprofil tinggi di Perancis bagi mendapatka­n pembebasan­nya, yang diumumkan pada Jumaat selepas Menteri Luar Jean-Yves Le Drian berkunjung ke Ankara untuk melobi bagi pihaknya.

Kes tersebut mencetuska­n kebimbanga­n di Eropah berhubung kebebasan media di Turki di bawah pemerintah­an Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang telah melancarka­n kempen pembantera­san besar-besaran sejak terselamat dalam cubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas.

Pada Jun lalu, Ankara membebas dan mengusir wartawan foto Perancis Mathias Depardon setelah ditahan selama sebulan atas dakwaan menyokong kumpulan teroris. Beliau juga ditahan di wilayah tenggara Turki.

Koresponde­n Die Welt Deniz Yucel dari Jerman dipenjarak­an pada Februari dan dituduh Erdogan bekerja sebagai ejen teroris.

Turki berada di tangga ke-155 dalam indeks kebebasan media dunia yang dirumuskan Reporters Without Borders, selepas Belarus dan Republik Demokratik Rakyat Congo.

Menurut laman sesawang kebebasan media P24, 171 wartawan kini dipenjarak­an di Turki, kebanyakan­nya di bawah perintah darurat yang dikuatkuas­akan sejak cubaan rampasan kuasa itu.

 ??  ??
 ??  ?? BUREAU (tengah) dikeliling­i rakan-rakan dan bapanya Loic (kanan) ketika bercakap kepada wakil media sebaik tiba di lapangan terbang di pinggir Paris, semalam. — Gambar AFP
BUREAU (tengah) dikeliling­i rakan-rakan dan bapanya Loic (kanan) ketika bercakap kepada wakil media sebaik tiba di lapangan terbang di pinggir Paris, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia