Utusan Borneo (Sabah)

‘Juggalo’ bantah dilabel ‘gengster’

Ribuan pengikut aneh Insane Clown Posse adakan demonstras­i kecam FBI

-

WASHINGTON: Bertindik dan bermekap ngeri, ribuan peminat kumpulan rap kontrovers­i Insane Clown Posse membanjiri Washington kelmarin bagi membantah diskrimina­si sejak Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) melabel mereka sebagai gengster dalam laporan pada 2011.

Dengan peserta berkostum ranggi, ramai bertatu dan bertindik, ‘Perarakan Juggalo’ adalah tambahan unik kepada rali politik biasa yang kerap disaksikan di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Demonstras­i sayap kanan oleh penyokong Presiden Donald Trump juga diadakan kelmarin, digelar ‘Ibu Segala Rali’, selain protes sayap kiri oleh kumpulan Protect American Democracy bagi mengecam dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya tahun lepas.

Pengenalan acara ketiga itu dilihat sebagai mampu memburukka­n keadaan walaupun selain gangguan seketika rali pro-Trump oleh aktivis Black Lives Matter, ketigatiga demonstras­i itu berakhir tanpa insiden teruk.

Berkumpul di sekitar Lincoln Memorial, kelompok yang digelar Juggalo ini menyatakan kesukaran yang dihadapi sejak itu, hilang pekerjaan, hilang hak penjagaan anak serta perhatian melampau polis.

“Kami hidup seperti biasa, biarlah.

“Saya seorang rakyat biasa dan juga membayar cukai,” kata Scott Creel yang tinggi lampai dan berjanggut panjang dengan tindik dari kepala hingga ke kaki, yang menyertai perarakan itu dari negeri selatan Arkansas.

Para peserta bergilir-gilir mengecam keputusan FBI, berselang-seli dengan laungan ‘keluarga’ dan persembaha­n rap.

“Segelintir Juggalo mungkin telah menjadi anggota gengster, tetapi mereka bukan dalam kumpulan Juggalo,” kata seorang lagi penunjuk perasaan Rob Sinning dari New Jersey, lantas menambah kata: “Kami bekerja keras, kami juga kuat bergurau.”

Terma ‘Juggalo’ diperolehi daripada lirik salah satu lagu kumpulan itu yang diasaskan di Detroit pada 1989 oleh pasangan penyanyi Violent J dan Shaggy 2 Dope.

Insane Clown Posse mempersemb­ahkan jenama hip hop dikenali sebagai ‘horrorcore’ yang dipengaruh­i tema kuasa ghaib dan imej filem seram ganas.

Kumpulan itu telah menjual jutaan rakaman tanpa pendedahan ketara dalam radio atau televisyen kebangsaan.

Para peminatnya terkenal dengan sikap pelik, ada yang gemar memakai mekap badut sebagai tanda penghormat­an buat kumpulan itu, selain rantai dan tatu memaparkan bayang lelaki berlari membawa kapak kecil.

Ramai mengakui menggemari Faygo, sejenis minuman ringan yang tidak begitu dikenali yang turut dihasilkan di Detroit.

Dalam laporan pada 2011, FBI mengklasif­ikasikan kelompok Juggalo sebagai geng hibrid tidak terancang, mempunyai struktur tidak menentu dengan campuran jantina dan etnik.

Kumpulan itu dikatakan mempunyai pengaruh besar di wilayah tengah barat tetapi kini meluas ke New Mexico kerana tertarik dengan tradisi dan budaya puak peribumi Amerika.

Seperti penyokong Trump, kebanyakan­nya datang daripada keluarga berpendapa­tan rendah di mana menjadi pengikut kumpulan itu memberikan mereka matlamat dan persatuan.

“Mereka datang dari keluarga berantakan, keluarga terpisah, dadah, kemiskinan, diskrimina­si dan menemui saluran untuk bersatu.

“Kami mengenal pasti diri kami dengan muzik ini kerana ia menyelamat­kan kehidupan kami,” dakwa Scott Donihoo yang menguruska­n laman sesawang khusus buat pergerakan tersebut.

Logan Wolfe, aktivis LGBT yang mendakwa dibuli ketika masih kanak-kanak yang diterima dalam kumpulan itu menyifatka­n Juggalo lebih menerima daripada lapisan lain dalam masyarakat dan berbangga pertanding­an ratu cantik baru-baru ini untuk ‘Juggalette’, Juggalo wanita, memaparkan seorang peserta transjanti­na.

 ??  ??
 ??  ?? PEMINAT Insane Clown Posse yang dikenali sebagai Juggalo mengadakan demonstras­i di hadapan Lincoln Memorial di Washington DC, kelmarin. — Gambar AFP
PEMINAT Insane Clown Posse yang dikenali sebagai Juggalo mengadakan demonstras­i di hadapan Lincoln Memorial di Washington DC, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia