Utusan Borneo (Sabah)

Melaksanak­an idea di Heriot-Watt

-

“IJAZAH ini, tanpa syak lagi, telah membantu saya untuk lebih memahami kerjaya saya pada masa depan. Saya belajar begitu banyak menerusi syarahan yang dikendalik­an dan ini telah membantu saya untuk mendapatka­n perspektif karier yang lebih baik dan ada kaitan dengan dunia nyata,” kata Melvin Hong Mao Bin, seorang mahasiswa ijazah Sarjana Sastera (Kehormat) Perakaunan dan Kewangan Perniagaan di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

Rakan sama kursus, Sarah Hannah Sharil Muha, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama pelajar dalam program Perakaunan dan Kewangan Perniagaan, bersetuju.

“Kami didedahkan kepada topik-topik relevan berhubung program itu, yang membolehka­n kami untuk mendapatka­n kefahaman yang lebih tinggi mengenai laluan karier dan standard yang kami perlu bina!” jelasnya.

Ditawarkan oleh Sekolah Sains Sosial, program Sarjana Sastera (Kehormat) Perakaunan dan Kewangan Perniagaan merupakan ijazah pakar yang telah diakredita­si oleh empat badan profesiona­l antarabang­sa, iaitu Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA), Institute of Chartered Accountant­s in England and Wales (ICAEW), Chartered Institute of Management Accountant­s (CIMA) dan Certified Practising Accountant­s (CPA) Australia.

Maka, graduan layak untuk memohon pengecuali­an sehingga sembilan kertas dari badanbadan antarabang­sa ini.

Menurut Sarah, Heriot-Watt menawarkan pengecuali­an maksimum bagi kertas perakaunan profesiona­l.

“Universiti itu bukan sahaja menawarkan ijazah khusus, ia telah mewujudkan persekitar­an kondusif bagi pelajar untuk meningkatk­an kemahiran sosial dan akademik,” tambahnya.

Selain itu, kampus di Malaysia akan memperkena­lkan ACCA Accelerate Programme pada Oktober 2017. Program ini menawarkan faedah yang signifikan. Antara lain, pelajar dapat mempercepa­tkan perjalanan mereka ke arah menjadi ahli ACCA, seorang profesiona­l kewangan bertauliah dengan mengambil lima kertas profesiona­l pada permulaan tahun ketiga mereka.

Sejak ia ditubuhkan di Scotland pada zaman 1800-an, Universiti Heriot-Watt telah mencapai pandangan antarabang­sa dengan kampus di UK, Dubai dan Malaysia. Baru-baru ini, universiti itu menduduki ranking pertama di Scotland bagi Perakaunan dan Kewangan, Perancanga­n Negara dan Bandar dan Bangunan, Ekonomi dan Kejurutera­an Kimia dan berada dalam kelompok 10 teratas di UK bagi Perakaunan dan Kewangan serta Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran oleh Guardian University Guide 2018.

Reputasi mantap universiti itu sebagai salah satu universiti terkemuka di UK adalah perkara yang menarik minat Melvin.

Dia seterusnya menjelaska­n: “Terletak di Precinct 5, Putrajaya, Universiti HeriotWatt Malaysia menyediaka­n persekitar­an yang kondusif untuk pelajar. Kita jauh daripada kesibukan hidup di kota dan benar-benar menikmati hidup sebagai pelajar universiti tanpa banyak gangguan.”

Selain itu, Heriot-Watt juga akan menganjurk­an pameran karier dan ceramah untuk pelajar mereka. Melvin dan Sarah terutamany­a bersyukur untuk ini dan bertuah kerana mendapat manfaat daripada pandangan dan nasihat berharga yang diberikan oleh profesiona­l industri.

“Ia adalah satu kelebihan tambahan untuk dapat belajar di Heriot-Watt. Ijazah ini telah menyediaka­n kami dengan baik untuk memulakan karier yang memberangs­angkan pada masa depan,” rumus mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan biasiswa yang ditawarkan di Universiti Heriot-Watt Malaysia, lawati kampusnya di Putrajaya. Atau layari www.hw.edu.my atau hubungi +603 8894 3888/e-mel hwum@hw.ac.uk.

 ??  ?? (Dari kiri) MELVIN dan Sarah percaya Heriot-Watt sudah menyediaka­n mereka dengan baik untuk masa depan mereka.
(Dari kiri) MELVIN dan Sarah percaya Heriot-Watt sudah menyediaka­n mereka dengan baik untuk masa depan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia