Utusan Borneo (Sabah)

Emjay ketengah muzik Bisaya Sabah

- Oleh Mohd Afis Ismail (Pelatih UMS)

MOHAMMED Yassin Sarakawi atau lebih dikenali sebagai Emjay adalah penyanyi, penerbit dan penulis lirik lagu Bisaya berkecimpu­ng dalam industri hiburan tempatan sejak 2015. Beliau menampilka­n kelainan dalam genre muzik dihasilkan­nya dan giat mempromosi lagulagu bangsa Bisaya, Mendapat dorongan daripada rakan artis, Emjay telah menghasilk­an album ‘Ikau Oni’ (Grand Album Bisaya Vol 1) dan album EP Melayu ‘Mawar Berganti Warna’. Mengetenga­hkan muzik tradisi Bisaya, debut ‘Ikau Oni’ yang pernah menjadi Juara Mingguan Carta 20 KKFM sering dimainkan di stesen radio tempatan termasuk KKFM, Kupi-Kupi Fm dan Sabah Fm. Beberapa lagu lain terkandung dalam album terbitan Blessed Valley Studio itu termasuk Ikau Oni, Paparuka Cocoroncom, Makagondom, Joget Yombo, Nokuro, Rimon-Rimon, Nabuai Nio, AyungAyung­an dan Adai. Emjay yang aktif dalam industri sering mendapat jemputan untuk membuat persembaha­n di konsert dan acara nyanyian.

Beliau yang dalam proses untuk menerbitka­n album kompilasi 5D (Dimensi) menggabung­kan lima etnik termasuk Kadazan, Dusun, Rungus, Bisaya dan Murut.

Album 5D adalah paduan tenaga dari Emjay, Clarice John Matha, Diana Clevon Monjuil, Keydeet dan Dony.

Penglibata­n Emjay sebagai artis baharu adalah inisiatif positif dalam menyemarak­kan lagi industri muzik tempatan terutamany­a dalam memarabatk­an lagu etnik Sabah.

Melihat kaum Bisaya kurang menonjol berbanding artis lain, beliau yang mewakili kaum itu mengharapk­an respon postif daripada pelbagai lapisan masyarakat tempatan dalam hasil karya muzik yang dihasilkan­nya.

Emjay mempelajar­i ilmu nyanyian dan penerbitan muzik dari penyanyi Dusun Clarice John Matha yang secara tidak langsung banyak memberi tunjuk ajar dalam selok belok industri hiburan tempatan.

 ??  ?? EMJAY penyanyi, penerbit dan penulis lirik lagu Bisaya. kelahiran Beaufort yang
EMJAY penyanyi, penerbit dan penulis lirik lagu Bisaya. kelahiran Beaufort yang
 ??  ?? EMJAY bersama Clarice John Matha.
EMJAY bersama Clarice John Matha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia