Utusan Borneo (Sabah)

Sukan tiga penjuru, UPPM DUN Karanaan muncul juara keseluruha­n

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pasukan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan muncul juara keseluruha­n sempena sukan tiga penjuru unit itu di sini pada Khamis.

UPPM Karanaan memenangi dua acara daripada empat acara sukan dipertandi­ngkan iaitu Futsal dan Pool manakala Golf dan Dart hanya memperoleh tempat ketiga.

Naib juara disandang pasukan UPPM kawasan Paginatan selepas muncul johan menerusi acara dart,naib johan acara golf, pool dan futsal sekali gus meletakan pasukan UPPM Kundasang di tempat ketiga. UPPM Kundasang bagaimanap­un cemerlang menerusi acara golf menewaskan dua pasukan lain dan terpaksa berpuas hati selaku naib johan acara dart dan ketiga acara futsal.

Sukan tiga penjuru yang julung kali diadakan melibatkan UPPM di tiga kawasan DUN dalam Parlimen Ranau itu berlangsun­g dengan penuh semangat kesukanan dan kekeluarga­an.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin ketika berucap merasmikan penutupan sukan itu memuji usaha yang telah diambil oleh pejabat UPPM Ranau.

Menurutnya, selain mengeratka­n silaturahi­m, aktiviti sukan itu juga mampu membentuk semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan UPPM di sini.

“Bidang sukan juga merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang cergas dari segi fizikal dan cerdas mental,”katanya.

Tambah Faimin, adalah wajar aktiviti seumpama itu diteruskan sebagai acara tahunan pejabat UPPM dengan menambah jenis acara pada masa hadapan.

Turut hadir semasa majlis penutupan,PPM Karanaan Haji Jahidin Lumat,PPM Paginatan Georgina George dan PPM Kundasang Yubidi Gompoyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia