Utusan Borneo (Sabah)

Jangan dengar khabar angin KFA akan singkirkan pemain import

-

ALOR SETAR: Semua pemain diminta memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super dalam tempoh terdekat ini dan tidak mendengar khabar angin kononnya beberapa pemain import akan disingkirk­an.

Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincang­an berhubung perkara itu kerana tumpuan adalah pada misi untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan seterusnya mempertaha­nkan piala tersebut.

“Tak ada satu keputusan lagi pun, sebab kita sekarang fokus beberapa perlawanan (Piala Malaysia) kita hingga ke separuh akhir, jadi tiada keputusan mutlak pun berkenaan isu ini.

“Perlu diingat, penilaian pemain oleh pihak pengurusan dan kejurulati­han bukan sahaja melibatkan pemain import tetapi semua pemain tempatan dalam pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.

Aminuddin berkata, KFA sendiri tidak pernah membincang­kan perkara tersebut kerana semua pemain masih terikat dengan kontrak yang akan tamat penghujung musim ini.

Dalam pada itu Aminuddin turut meminta pemain agar tidak memikirkan isu penyambung­an kontrak kerana ia boleh menggangu tumpuan pemain untuk mengharung­i perlawanan.

Katanya, KFA mempunyai panel dan bahagian kejurulati­han yang akan menilai pemain sebelum diputuskan sama ada kontrak mereka di sambung atau sebaliknya.

 ??  ?? PEMAIN goalball negara Muhammad Amirul Ahmad beraksi menentang Laos sempena Para ASEAN Kesembilan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada Ahad. -Gambar Bernama
PEMAIN goalball negara Muhammad Amirul Ahmad beraksi menentang Laos sempena Para ASEAN Kesembilan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia