Utusan Borneo (Sabah)

M’sia juara Bola Sepak Pantai Busan

Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabang­sa Busan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabang­sa Busan kedua selepas menewaskan Awesome Club dari China 6-3 pada aksi akhir di Pantai Songdo, Korea Selatan, pada Ahad.

Penyerang berusia 35 tahun dari Terengganu, Zaharim Yusof meledak dua gol bagi Malaysia, manakala Fakhruddin Mohamad, Riduwan Md Noor, Fakhrullah Mohamad dan Ridhwan Zainal masingmasi­ng menjaringk­an satu gol bagi skuad negara, menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lebih membanggak­an apabila penyerang Ridhwan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai kejohanan, manakala pemain pertahanan Fakhrullah muncul penjaring terbanyak selepas menjaringk­an tujuh gol sepanjang kejohanan dua hari itu.

Tempat ketiga menjadi milik kelab BSC dari Jepun, manakala pasukan PTU dari Thailand menamatkan saingan di tempat keempat.

Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas menewaskan BSC 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 44 pada pusingan separuh akhir dan kelab Unknown dari Korea Selatan 8-2 pada suku akhir.

Pada kejohanan jemputan itu, Malaysia muncul juara Kumpulan D untuk mara ke suku akhir selepas membenam dua kelab tuan rumah, iaitu Busan Transporta­tion Corporatio­n 5-0 dan Songdo Baby FS 6-1.

“Lebih membanggak­an apabila penyerang Ridhwan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai kejohanan, manakala pemain pertahanan Fakhrullah muncul penjaring terbanyak selepas menjaringk­an tujuh gol sepanjang kejohanan dua hari itu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia