Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kalah pada aksi pertama bola sepak lima sebelah

-

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Malaysia membuka kempen Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para 2017) dengan langkah sumbang apabila tewas 12 kepada Thailand pada perlawanan pusingan awal acara bola sepak lima sebelah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, pada Isnin.

Thailand terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Kittikorn Baodee pada minit kelima sebelum Muhamad Azuan Abdul Rasiad menyamakan kedudukan untuk Malaysia pada minit ke-16.

Kittikorn mengesahka­n kemenangan Thailand menerusi gol peribadi kedua pada minit ke-29.

Dalam pada itu, jurulatih skuad kebangsaan, Sunny Shalesh yang ditemui pemberita selepas perlawanan itu berkata, kesilapan kapten pasukan Mohamad Amirul Arif Mahadhir yang memegang bola terlalu lama memberi peluang kepada Kittikorn untuk mencuri bola sebelum menjaringk­an gol kemenangan untuk Thailand.

“Saya lihat pemain Thailand ini (Kittikorn) bijak merampas bola sebelum menjaringk­an gol dan saya harap perkara ini tidak berulang apabila kita berdepan Vietnam, hari ini.

“Dari segi kemahiran menggelece­k bola, kekuatan kedua-dua pasukan adalah hampir sama cuma satu lagi faktor kekalahan adalah disebabkan pemain agak bergelut beraksi dalam keadaan padang yang agak basah,” jelas Sunny.

Berkongsi pandangan sama adalah Mohamad Amirul Arif yang mengakui beliau dan rakan sepasukan agak bergelut untuk menyesuaik­an diri dengan permukaan gelanggang perlawanan yang baharu sahaja ditukar.

“Sebelum ini kami menjalani latihan di tempat lain dan permukaan agak keras berbanding permukaan di sini yang agak licin dan menyebabka­n pergerakan bola agak laju.

“Saya memang kurang berpuas hati dengan keputusan pada hari ini namun saya yakin rakan sepasukan mampu mencatat keputusan positif berdepan Vietnam, esok,” katanya yang membantu Malaysia meraih pingat emas pada edisi 2015 di Singapura.

Sementara itu, Laos mencipta kejutan selepas menewaskan Vietnam yang merupakan pemenang pingat gangsa edisi 2015 dengan keputusan 4-1 dalam satu lagi aksi pusingan awal di venue sama.

Berdasarka­n format pertanding­an, juara dan naib juara pusingan awal layak ke perlawanan pingat emas manakala pasukan yang menduduki tangga ketiga dan keempat akan bertanding untuk pingat gangsa dalam acara berkenaan yang hanya disertai empat negara.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? EMAS LAGI: Pelumba negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (kiri) dan jurumudi Noraidilli­na Adilla J Sam bergambar bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara akhir 3 Kilometer Kejar Mengejar Individu (B) Wanita pada Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom...
- Gambar BERNAMA EMAS LAGI: Pelumba negara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (kiri) dan jurumudi Noraidilli­na Adilla J Sam bergambar bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara akhir 3 Kilometer Kejar Mengejar Individu (B) Wanita pada Sukan Para Asean KL2017 di Velodrom...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia