Utusan Borneo (Sabah)

Pembentuka­n Malaysia sarat kepahitan

- Oleh CHURCHILL EDWARD KEADAAN yang ditempuhi anggota keselamata­n sewaktu Darurat. —

PERANAN Pasukan Polis dan Border Scout tidak boleh dilupakan kerana sewaktu penubuhan Malaysia, mereka adalah antara golongan yang memainkan peranan penting untuk menjaga keamanan dan ketenteram­an, khususnya di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan Barat (KALBAR).

Perkhidmat­an Polis ketika itu digerakkan untuk memainkan peranan di lapangan, khususnya untuk menangani gerila komunis sewaktu pemberonta­kan.

Apabila Malaysia dibentuk pada 1963, unit penguatkua­saan undangunda­ng ini kemudian dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH).

Border Scout pada mulanya ditubuhkan untuk menjadi mata dan telinga kerajaan khususnya bagi polis di kawasan pedalaman, tetapi kemudian terlibat juga dalam usaha memerangi komunis secara langsung.

“Apabila PPH semakin bertapak dan pengembang­an selesai pada 1969, peranan Border Scout dalam peperangan dikurangka­n dengan ketara,” kata bekas pegawai polis Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

“Mendiang ASP Wilfred Gomaz memerintah sebuah unit peninjauan Border Scout di kawasan Kapit dan ia telah membolehka­nnya untuk menerima Pingat Gagah Berani (PGB), anugerah keberanian kedua tertinggi, daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sarawak hanya memulakan pengembang­an Polis pada pertengaha­n 1960-an, dan pengembang­an pasukan separa tentera PPH pada 1968 untuk menghadapi perang gerila yang dijangka berlarutan.

“Saya menyertai latihan polis pada 1964 dan mula berkhidmat pada 1965.

“Saya menyertai latihan polis pada 1964 dan mula berkhidmat pada 1965. Saya ditugaskan ke PPH pada 1968 untuk menjadi komander platun yang umumnya berkhidmat di kawasan Miri, Sarikei ”

dan Sibu. DATO SRI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR Bekas pegawai polis

“Saya ditugaskan ke PPH pada 1968 untuk menjadi komander platun yang umumnya berkhidmat di kawasan Miri, Sarikei dan Sibu.

“Itu adalah kawasan RASCOM. Saya pernah melihat perkara terburuk dalam konflik tersebut.

“Saya terlibat dalam satu operasi di kawasan Kuching,” imbau Wan Junaidi.

Wan Junaidi, kini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutua­n, berkata: “Kedua-duanya sudah menjalanka­n tugas dengan baik.”

“PPH merupakan salah satu pasukan keselamata­n terbaik ketika itu.

“Kami tidak mempunyai kelengkapa­n yang baik seperti angkatan tentera tetapi kami juga tidak kurang bagusnya.”

Apabila ditanya sama ada pertempura­n dirakam dengan kamera, beliau menjelaska­n kebanyakan waktu, mereka berada di dalam hutan dan oleh yang demikian, mereka tidak pernah menemui jurugambar.

“Kamera sukar diperolehi. Tidak ada seorang pun pegawai PPH yang mempunyai kamera,” katanya.

PPH menukar namanya kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 20 Oktober 1997.

Sewaktu dan selepas Darurat di Malaya (atau Tanah Melayu) pada 1948, salah satu ancaman paling serius adalah pergerakan komunis di Asia Tenggara.

Vietnam ketika itu bergolak, manakala Tanah Melayu berdepan pemberonta­kan komunis bersenjata, Wan Junaidi, Ahli Parlimen Santubong, mengimbau sejarah.

“Walaupun ‘teori domino’ belum lagi diumumkan oleh Prof Huntington, pergerakan komunis sangat kuat di Singapura dan ia berada betul-betul di pintu masuk ke Semenanjun­g (Malaya).

“Maka itu, Tunku memikirkan cara untuk menyelamat­kan Singapura dari komunis, seterusnya menyelamat­kan Tanah Melayu daripada CPM (Parti Komunis Malaya),” katanya, merujuk kepada ketua menteri pertama negeri-negeri Persekutua­n Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

PEMBERONTA­KAN

Dikenali sebagai bapa pengasas, arkitek kemerdekaa­n Malaya dan pembentuka­n Malaysia, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas 16 September 1963.

“Namun Tunku turut berpendapa­t bahawa Persekutua­n Malaya dan Singapura yang lebih besar akan mengganggu imbangan Melayu dan Cina dalam Persekutua­n baharu.

“Itulah sebabnya kenapa Tunku mahu memasukkan Brunei, Sabah dan Sarawak, untuk mengimbang­i kebangkita­n Bumiputera Melayu dengan kaum Cina dalam persekutua­n baharu yang lebih besar dan terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah),” kata Wan Junaidi.

Idea mengenai pembentuka­n Persekutua­n, yang Tunku Abdul Rahman panggil Malaysia, timbul pada Julai 1959 sewaktu Pilihan Raya Umum di Tanah Melayu.

Beliau berkata: “Sarawak juga berdepan dengan pemberonta­kan komunis pada 1950-an dan 1960-an. Tindakan militan sebenar yang pertama adalah pembunuhan seorang anggota polis, Koperal Natu, pada 1952 di sekatan jalan di Jalan Penrissen, Kuching.”

“Pihak polis sangat sedar mengenai pemberonta­kan itu, penyelinap­an komunis ke dalam sekolah Cina di seluruh Sarawak, badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan individu.

“Pergerakan itu amat kuat di Kuching, Sibu, Sarikei, Binatang (Bintangor) dan Miri.”

Tunku Abdul Rahman kemudian mengumumka­n cadangan bagi penubuhan Malaysia di Majlis Makan Tengah Hari Wartawan Asia Tenggara di Singapura pada 1961, reaksi kerajaan Singapura yang positif kepada penubuhan Persekutua­n Malaysia, disusuli Mesyuarat Persatuan Komanwel di Singapura serta maklum balas yang positif dari sana.

Seluruh idea mengenai kemerdekaa­n Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah menerusi Malaysia adalah konsisten dengan objektif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Perang Dunia Kedua agar penjajah Eropah memberikan kemerdekaa­n kepada semua wilayah di bawah jajahan mereka di seluruh dunia.

“Tidak semua negara Asia Tenggara menerima baik penggabung­an yang dicadangka­n Tunku, Filipina kerana tuntutanny­a ke atas Borneo Utara, manakala Sukarno di Indonesia menganggap tindakan itu sebagai penjajahan baharu.

“Sementara tuntutan Filipina menggelega­k, Indonesia pula memulakan insiden di sempadan Sarawak dan pendaratan tentera di Johore.

“Bermulalah ‘Konfrontas­i’ dan pergerakan komunis bawah tanah yang subversif ketika itu sudah mula keluar untuk menjadi satu pergerakan militan bersenjata terang-terangan.

“Ratusan belia Cina, lelaki dan perempuan, pergi bawah tanah.”

“Sarawak ketika itu berdepan dengan pemberonta­kan bersenjata militan komunis serta konfrontas­i tentera Indonesia.

“Sarawak tidak memiliki keupayaan untuk menangani secara bersendiri­an konflik sempadan bersenjata serta pemberonta­kan militan komunis bersenjata di dalam sempadanny­a, sebab itulah tentera British dan tentera dari Malaysia Barat datang untuk membantu,” kata Wan Junaidi yang menulis buku ‘A Policeman’.

 ??  ?? Gambar Pinterest
Gambar Pinterest
 ??  ??
 ??  ?? WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
 ??  ?? TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia