Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN SALUR RM31,440,000

Untuk sekolah dan badan keagamaan bukan Islam

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAK INA BALU: Kerajaan Negeri Sabah menyalurka­n sejumlah RM31,440,000 peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, daripada jumlah itu, sejumlah RM14,005,000 disalurkan kepada sekolah persendiri­an Cina dan mubaligh serta tadika.

“Sejumlah RM17,435,000 pula telah disalurkan kepada badan keagamaan bukan Islam seperti gereja, kuil dan tokong.

“Daripada jumlah peruntukan kepada badan keagamaan bukan Islam, RM11,870,000 disalurkan kepada gereja, RM5,295,000 kepada tokong Cina dan RM270,000 kepada kuil Hindu dan Sikh,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Sabah kepada Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan Bukan Islam 2017 Bahagian Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Sabah, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bagi peruntukan untuk sekolah pula, sekolah persendiri­an Cina menerima RM3.6 juta, sekolah menengah jenis kebangsaan RM2.1 juta, sekolah rendah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan RM2,030,000 dan jumlah terbesar iaitu RM5,455,000 diperuntuk­kan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.

Manakala, tadika akan menerima sejumlah RM605,000 sementara sekolah mubaligh persendiri­an pula menerima RM215,000.

“Geran yang diserahkan hari ini akan memberikan manfaat kepada sejumlah 551 rumah ibadat dan juga sekolah di seluruh Sabah.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri akan terus membantu badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolahsek­olah sepertiman­a yang kita telah lakukan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, rekod yang dicatatkan menunjukka­n sejak 2014, sejumlah RM188,542,180 geran peruntukan telah disalurkan kepada badanbadan keagamaan bukan Islam sementara sejumlah RM145,448,019 pula telah diserahkan kepada sekolahsek­olah di negeri ini.

“Pada hari ini, kita mulakan penyerahan bantuan geran ini kepada semua wakil sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah.

“Sejumlah RM16,832,000 telah diberikan kepada badan dan sekolah berkaitan di Pantai Barat Selatan, sementara

(tiga kanan) menyerahka­n bantuan geran kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Masidi (kanan) dan Teo (dua kanan).

RM1,220,000 telah disalurkan ke kawasan Pedalaman Bawah,” katanya.

Musa juga gembira bahawa peruntukan yang diberikan sebelum ini telah digunakan sepenuhnya bagi tujuan membaiki, meluaskan dan membeli barangan sekolah serta rumah ibadat.

Katanya, kerajaan negeri juga sedar bahawa jumlah yang diberikan itu tidak seperti yang diminta oleh sekolah dan badan keagamaan bukan Islam.

“Saya ingin memberikan jaminan di sini bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam menyalurka­n peruntukan ini.

“Menerusi pengurusan kewangan yang berhemah, Kerajaan Negeri mampu meningkatk­an jumlah geran peruntukan itu setiap tahun,” katanya.

Katanya, walaupun program sosio-ekonomi memerlukan dana, kerajaan negeri akan teruskan usaha membantu sekolah.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan perhatian yang serius kepada pembanguna­n pendidikan dan sentiasa mengurangk­an jurang yang wujud di antara bandar dan luar bandar.

“Peruntukan yang besar kepada badan-badan keagamaan bukan Islam di negeri ini menunjukka­n bahawa kerajaan memberikan komitmen dalam prinsip pegangan kebebasan beragama.

“Saya ingin menekankan bahawa isu-isu berkaitan agama tidak timbul di Sabah, justeru janganlah kita terikutiku­t dengan hasutan pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

“Selama ini, kita di Sabah hidup dalam keadaan aman damai, harmoni, saling hormat menghormat­i di antara satu sama lain,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri TugasTugas Khas Datuk Teo Chee Kang serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia