Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon kampung dikeluarka­n dari kawasan Safoda Usaha pemulihara­an sungai terus diberi perhatian serius

Penduduk mohon kampung dikeluarka­n dari kawasan Safoda

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Usaha pemulihara­an sungai akan terus diambil perhatian serius bagi memastikan rakyat terus memperoleh manfaat daripada penggunaan air sungai.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata beliau akan meminta kementeria­n berkaitan supaya memberi perhatian kepada usaha pemulihara­an sungai termasuk meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang kepentinga­n penjagaan sungai.

“Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat harus bekerjasam­a bagi mendukung usaha kerajaan dalam meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n menjaga, memelihara dan memulihara sungai agar dapat memastikan pembanguna­n yang mempunyai impak terhadap sungai dapat dilaksana sebaik mungkin.

“Ia termasukla­h menjalanka­n inisiatif memulihara sungai dan persekitar­annya yang terjejas akibat dari aktiviti yang dijalankan tanpa pelan mitigasi,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n dan Pameran Hari Sungai Sedunia 2017, di sini pada Selasa.

Menurutnya, masyarakat perlu membantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya jabatan itu dapat menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dalam memastikan sungai sentiasa dalam keadaan yang baik tanpa gangguan manusia.

Katanya pemantauan harus dilakukan terhadap kegiatan mengorek pasir dan pembalakan secara berleluasa yang dilaksanak­an oleh manusia kerana aktiviti itu boleh membawa kepada pencemaran sungai.

Menyentuh langkah kerajaan dalam menguruska­n kawasan tadahan sungai, Musa berkata kerajaan bertindak mewujudkan Enakmen Sumber Air Sabah 1998 bagi menguruska­n kawasan tadahan sungai termasuk mewartakan kawasan tertentu sebagai kawasan perlindung­an air dan kawasan pemelihara­an air.

“Pengurusan kawasan tadahan ini diharap dapat memastikan sungai-sungai di negeri ini terus dipelihara agar fungsi dan peranannya dalam pembanguna­n negeri terus dikekalkan,” jelasnya.

Katanya sungai bukan hanya berperanan sebagai sumber air kepada manusia tetapi juga pengangkut­an dan komunikasi yang menghubung­kan masyarakat pedalaman.

KOTA MARUDU: Penduduk Kampung Mangin Satu dan Mangin Dua dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong memohon kepadakera­jaannegeri­agar mengeluark­an kampung itu daripada kawasan Safoda.

Ia memandangk­an keduadua kampung berkenaan hampir dipenuhi oleh tanaman getah bermutu tinggisela­inpadidant­anaman kontan lain yang diusahakan oleh penduduk.

KetuaKampu­ngWaniyang juga Ketua Zon Langkon Balang Timbuong berkata penduduk Kg Mangin Satu dan Mangin Dua menduduki kampung itu sejak 1924.

Mereka mengusahak­an tanah berkenaan sejak 1975 sehingga 1980 kemudian disambung semula dari 1985 sehingga ke hari ini manakala, Safoda berada di situ sekitar 1978.

Katanya, Kg Mangin Satu didiami seramai 642 orang dengan 176 Ketua Isi Rumah dan 88 buah rumah.

“Kg Mangin Satu berkeluasa­n 3,000 ekar yang mana 2,000 ekar sudah diusahakan melibatkan 106 ahli manakala, 650 ekar belum diusahakan, 250 ekar kawasan tadahan air dan 100 ekar lagi tanah simpan.

“Kg Mangin Dua didiami seramai 546 penduduk dengan 219 buah rumah dan 119 keluarga. Kawasan itu berkeluasa­n 3,000 ekar di mana 2,500 ekar telah diusahakan oleh 200 peserta,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda diundang oleh penduduk kedua-dua kampung berkenaan barubaru ini untuk melawat kampung mereka dengan diiringi 12 ketua kampung yang termasuk dalam kawasan Zon Langkon.

Ketika ditemui, Wetrom berkata sebagai pemimpin di peringkat bahagian atau akar umbi, pihaknya akan berusaha membantu di mana yang difikirkan perlu.

Ia disebabkan keduadua kampung itu didiami oleh generasi hampir 100 tahun dan mereka wajar memiliki tanah masingmasi­ng sebagai sumber rezeki.

“Kita menerima rungutan dan rintihan masyarakat kampung sebab mereka juga seperti kita yang memerlukan kepelbagai­an.

“Sayaakanme­manjangkan perkara ini kepada yang berkenaan dan memohon restu kerajaan negeri agar perkara ini diambil perhatian dan pertimbang­an untuk kelulusan,” katanya.

“Ia disebabkan kedua-dua kampung itu didiami oleh generasi hampir 100 tahun dan mereka wajar memiliki tanah masing-masing sebagai sumber rezeki. Kita menerima rungutan dan rintihan masyarakat kampung sebab mereka juga seperti kita yang memerlukan kepelbagai­an. Saya akan memanjangk­an perkara ini kepada yang berkenaan dan memohon restu kerajaan negeri agar perkara ini diambil perhatian dan ” pertimbang­an untuk kelulusan. DATUK WETROM @MOHD FIKRI BAHANDA Ketua Umno Bahagian Kota Marudu

 ??  ??
 ??  ?? KAWASAN cerun, tanah perkuburan dan tadahan air sahaja yang tidak diusahakan untuk pertanian
KAWASAN cerun, tanah perkuburan dan tadahan air sahaja yang tidak diusahakan untuk pertanian
 ??  ?? WETROM (lima kanan) bersama penduduk di kawasan tanaman getah.
WETROM (lima kanan) bersama penduduk di kawasan tanaman getah.
 ??  ?? BALANGA (lima dari kanan) menjelaska­n sesuatu kepada Wetrom.
BALANGA (lima dari kanan) menjelaska­n sesuatu kepada Wetrom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia