Utusan Borneo (Sabah)

Mekanik didenda RM2,500, halang tugas penjawat awam

Halang tugas penjawat awam buat pemeriksaa­n

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang mekanik yang menghalang tugas seorang anggota polis, didenda RM2,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatukan hukuman itu terhadap Leonard Lee, 57, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tertuduh menghalang anggota terbabit untuk memeriksan­ya pada 15 September jam 4.30 pagi di sebuah restoran, Kepayan Ridge, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh tiga bulan atau denda maksimum RM1,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 9 hingga 10 November sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa menerima sebuah kenderaan curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Phua Ming Kiong, 40, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menerima sebuah kereta Proton Waja curi milik Azman Jaiman, 42, pada Jun lalu di Taman Nelly, Kelombong, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara itu di Kangar, seorang pelajar institusi pendidikan tinggi didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan­nya pada awal bulan ini.

Nur Azian Khalid, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di tandas lelaki stesyen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 1 Sept lepas sekitar 6.35 pagi.

Tertuduh yang belajar di Pulau Pinang pulang untuk bercuti sempena Aidiladha di rumah datuknya di Kaki Bukit dan dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan di stesyen minyak tersebut.

Dia dituduh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

“Tertuduh menghalang anggota terbabit untuk memeriksan­ya pada 15 September jam 4.30 pagi di sebuah restoran, Kepayan Ridge, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia