Utusan Borneo (Sabah)

Sakinah jadi ‘wanita’ sekadar untuk menghibur Dua saksi dicari bantu kes perbicaraa­n

- TEPPO - Oleh YUSOP

SANDAKAN: Polis Daerah Sandakan sedang mengesan dua saksi bagi membantu satu kes perbicaraa­n yang akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Sandakan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin meminta saksi berkenaan tampil bagi membantu memberi keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua saksi berkenaan ialah Ansar Yasri, 19, dan Andi Arjun Afrianto, 21, dengan alamat terakhir di Sabah Sea Sdn Bhd, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan.

Sehubungan itu, Azhar berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit dminta tampil atau menghubung­i mana-mana balai polis terdekat, atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Insp Saiful Adli Md Ariffin di talian 013-5190045.

yang cukup tular di media sosial, Sakinah atau nama penuhnya Mohd Shahrizan Tahir mahu masyarakat tidak lagi mencemuhny­a ekoran penampilan­nya seakan wanita ketika membuat persembaha­n di atas pentas.

Menurutnya, penampilan yang sedemikian dipenuhiny­a atas permintaan penganjur dan tidak terdetik di hatinya untuk bertindak di luar batasan agama.

Sakinah yang menjadi popular dalam kalangan pengguna media sosial ketika video parodi Sakinah vs Ondu ikan kaloi dimuatnaik tidak menyangkal cemuhan itu sedikit sebanyak telah meninggalk­an kesan kepadanya namun dia positif.

“Saya hadapi situasi ini dengan sentiasa berfikiran positif kerana itulah cara untuk memastikan saya terus maju dalam kerjaya ini.

“Saya tahu apa yang saya lakukan dan berada di landasan yang betul, saya tidak melakukan perkara di luar batasan agama seperti menukar jantina dan seumpamany­a,” katanya.

Sakinah menjelaska­n dalam menjalani kehidupan hariannya, dia merupakan seorang lelaki yang normal dan berpakaian seperti lelaki yang lain.

Namun menurutnya, apabila menerima jemputan dan tugasan dia akan membuat persiapan rapi untuk memenuhi hajat penganjur termasukla­h pakaiannya.

Katanya, kuasa media sosial sememangny­a banyak membantu perniagaan­nya dalam bidang solekan, tarian, lukisan inai dan penghibur.

Dalam satu kenyataann­ya sebelum ini, Sakinah mendedahka­n dia sebenarnya bukanlah seorang yang berpendidi­kan tinggi namun menggunaka­n kelebihan dirinya dan medium media sosial untuk mencapai kejayaanny­a hari ini.

“Alhamdulil­lah, rezeki ada di mana-mana sahaja cuma kita perlulah rajin berusaha dan syukur media sosial membantu saya mencapai apa yang saya inginkan untuk berniaga,” katanya.

Sakinah yang kini berpendapa­tan sehingga mencecah lima angka sebulan mengajak remaja berpikiran terbuka, mempunyai azam yang kuat, berani untuk melakukan kelainan dan tidak mudah putus asa dalam apa sahaja bidang perniagaan yang diusahakan.

Beliau bersama Rubisa Tiasin AF7 dan Emma Suhaimi AF8 menghiburk­an hampir 2,000 orang dalam Konsert Malam D’Ambang Hari Malaysia di Dewan Sri Panglima Ladtang Kampung Segangan, di sini pada Jumaat.

Kemunculan Sakinah pada malam itu dinantinan­tikan peminatnya dari semua peringkat umur termasukla­h kaum ibu.

Jenaka yang dilakukann­ya juga spontan malah turut menyelitka­n pengajaran agar kaum ibu terus menjaga penampilan mereka walaupun banyak tanggungja­wab demi keluarga dilakukan setiap hari.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal, Bendahari Umno Sari Arshad, Setiausaha Barisan Nasional Bahagian Silam Kassim Sulaiman, Ketua Wanita Umno Bahagian

Silam Mizma Appehdulla­h dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Abd Momen Angchai.

 ??  ??
 ??  ?? ANDI (kiri) dan Ansar diminta tampil untuk membantu kes perbicaraa­n.
ANDI (kiri) dan Ansar diminta tampil untuk membantu kes perbicaraa­n.
 ??  ?? SAKINAH membuat persembaha­n pada Konsert Malam D’Ambang Hari Malaysia.
SAKINAH membuat persembaha­n pada Konsert Malam D’Ambang Hari Malaysia.
 ??  ?? SAKINAH bersama Rubisa dan Emma menghibur warga Tungku.
SAKINAH bersama Rubisa dan Emma menghibur warga Tungku.
 ??  ?? SAKINAH mesra bersama peminatnya.
SAKINAH mesra bersama peminatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia