Utusan Borneo (Sabah)

Kes demam denggi meningkat bagi tempoh 3-9 September

Bagi tempoh 3-9 September

-

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi bagi tempoh 3 hingga 9 Sept menunjukka­n peningkata­n dengan 1,223 kes berbanding 1,171 kes pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata walaupun peningkata­n itu tidak ketara, langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil segera supaya trend pertambaha­n kes pada penghujung tahun seperti sebelum ini dapat dibendung.

Bagaimanap­un, katanya jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan mengurang sebanyak 11,171 kes kepada 66,906 berbanding 78,077 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah keseluruha­n kematian demam denggi juga telah menurun sebanyak 27 kematian dengan 149 kematian dilaporkan pada tempoh sama tahun ini berbanding 176 kematian pada 2016,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 438 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan di 14 negeri dan 71 lokaliti ‘hotspot’ semasa direkodkan di enam negeri.

Dalam pada itu katanya satu kes chikunguny­a direkodkan pada minggu tersebut di Sungai Udang, Yan, Kedah, menjadikan jumlah keseluruha­n kes chikunguny­a yang dilaporkan sehingga 9 Sept tahun ini ialah sebanyak 255 kes iaitu 189 kes di Kedah, Selangor (33), Johor (24), Kelantan (7) dan Perak, dua kes.

Dr Noor Hisham berkata setakat 9 Sept tahun ini, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidik­an Perubatan mendapati keputusan ujian bagi 1,307 sampel darah dan 29 sampel air kencing dalam kalangan pesakit yang menunjukka­n gejala jangkitan virus berkenaan adalah negatif. -Bernama

Jumlah keseluruha­n kematian demam denggi juga telah menurun sebanyak 27 kematian dengan 149 kematian dilaporkan pada tempoh sama tahun ini berbanding 176 kematian pada 2016. DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia