Utusan Borneo (Sabah)

Lebih kerap turun padang

Bagi mendengar sendiri ekspektasi rakyat

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta ketua jabatan dan pegawai kanan supaya lebih kerap turun padang bagi mendengar sendiri ekspektasi rakyat.

Beliau juga meminta penambahba­ikan serta peningkata­n kualiti sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat setempat.

Katanya mereka juga bertanggun­gjawab memantau dan memastikan peranan pejabat di bawah agensi masing-masing dapat berjalan lancar dan memuaskan hati pelanggan.

Pada masa yang sama, katanya, kepantasan menyelesai­kan masalah pelanggan atau orang awam yang mengharapk­an perkhidmat­an penjawat awam seharusnya diberikan keutamaan khususnya di daerah Tambunan dan daerah sekitarnya.

Beliau turut menggesa supaya sistem pengurusan tanah yang cepat dipertinga katkan, perkhidmat­an kaunter hadapan diambil perhatian serius dan landskap jabatan masing-masing diberi perhatian yang sewajarnya agar menjadikan persekitar­an pejabat sentiasa kelihatan cantik dan bersih serta memberi keselesaan kepada rakyat yang berurusan di jabatan kerajaan.

“Dalam erti kata lain, imej agensi kerajaan negeri mahu pun Persekutua­n hendaklah dipertingk­atkan sepanjang masa,” katanya semasa berucap merasmikan program Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n Bahagian Pedalaman Atas di Pisompurua­n Square di sini pada Selasa.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur turut mengucapka­n tahniah

THOMAS bersama para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil mengetuai 500 penjawat awam dan pesara penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri melafazkan IBR di hadapan Sazali.

kepada jabatan perkhidmat­an awam yang telah mengadakan Anugerah Kecemerlan­gan Perkhidmat­an peringkat daerah melibatkan agensiagen­si barisan hadapan yang sudah tentu dapat menyuntik semangat serta daya saing di antara jabatan dan pejabat untuk mencapai kecemerlan­gan.

Menurut beliau, sejak akhirakhir ini banyak diperkatak­an mengenai isu yang melibatkan integriti terutamany­a dalam kalangan penjawat awam.

“Isu penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewen­gan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruha­n penjawat awam di negeri ini.

“Pada hakikatnya, sebahagian besar penjawat awam masih mendukung prinsip integriti dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng bagi memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan sedaya upaya mereka,” katanya.

Menurut beliau kerajaan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk memantapka­n integriti dalam kalangan penjawat awam dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatan­gani dokumen integriti peringkat Pedalaman Atas.

Beliau berharap akitiviti sedemikian dapat dihayati sepenuhnya oleh penjawat awam perkhidmat­an awam negeri dan menjauhkan diri daripada amalan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

Pair i n yang juga Ahli P alim e n Keningau berkata komitmen dan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan dan perkhidmat­an awam amat penting bagi menentukan kejayaan dan kepantasan dalam pembanguna­n sesebuah negara.

“Kerajaan sentiasa berusaha dalam menghadapi apa juga cabaran bagi mencapai aspirasi TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri pucuk pimpinan negeri dan negara demi kesejahter­aan rakyat di negeri ini khasnya dan negara amnya,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian negara pada hari ini tidak akan terhasil tanpa dasar dan program jelas yang ditetapkan oleh kepimpinan serta pentadbira­n negeri dan negara.

Katanya, dasar dan program yang ditetapkan pula perlu dilaksanak­an oleh sektor perkhidmat­an awam.

Selain setia kepada kerajaan, penjawat awam juga perlu melaksanak­an tugas utama atau amanah yang diberikan iaitu menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat sejajar dengan konsep merakyatak­an perkhidmat­an awam.

“Tahun ini merupakan tahun penyampaia­n yang menfokuska­n bukan sahaja kepada aspek fizikal tetapi juga meliputi cara dan nilai penyampaia­n kepada rakyat dalam merakyatka­n perkhidmat­an awam.

“Elemen sentuhan kemanusiaa­n perlu ditetapkan dalam kita menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Penjawat awam hendaklah terus meningkatk­an perkhidmat­an kepada rakyat, semuanya untuk rakyat,” katanya.

Beliau menghargai para pesara perkhidmat­an awam yang telah melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab kepada perkhidmat­an awam negeri dan negara sehingga mencapai tahap kemajuan yang membanggak­an.

Majlis yang dihadiri seramai 500 penjawat awam negeri oleh beberapa jabatan kerajaan termasuk pesara perkhidmat­an awam itu turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah kecemerlan­gan oleh Pairin.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n dan cendera kenangan kepada seramai 46 pesara penjawat awam negeri.

Pada majlis itu, para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah serta penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi bahagian Pedalaman Atas diketuai oleh Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Dato Sazali Saibi.

Hadir di majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n) Datuk A s nimar Haji Sukardi, Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Datuk Haji Nordin Siman, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sualim Sanan serta Pegawai Daerah, Tho mas Log i jin( T ambu nan ), Haji Yusop Haji Osman (Keningau), Madiyem Layapan (Tenom) dan Fredian Gan (Nabawan).

Turut hadir, Penolong Penolong Pegawai Daerah Kecil, Virus Malitam (Sook), Jasli Tindi (Kemabong) dan Aloysius Anthony Wong (Pagalungan).

“Isu penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewen­gan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruha­n ” penjawat awam di negeri ini

 ??  ?? NORDIN (kanan) mengetuai para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil menandatan­gani dokumen IBR sambil diperhatik­an oleh Pairin (berdiri, tiga kanan), Sazali (dua kanan) dan Asnimar (kanan).
NORDIN (kanan) mengetuai para pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil menandatan­gani dokumen IBR sambil diperhatik­an oleh Pairin (berdiri, tiga kanan), Sazali (dua kanan) dan Asnimar (kanan).
 ??  ?? SEBAHAGIAN penjawat awam yang melafazkan IBR, diperhatik­an oleh Sazali (kanan) dan Pairin (dua kanan).
SEBAHAGIAN penjawat awam yang melafazkan IBR, diperhatik­an oleh Sazali (kanan) dan Pairin (dua kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia