Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam perlu bersedia

ICT secara ‘awan terbuka’ tingkat perkhidmat­an kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara ‘awan terbuka’ membawa ruang yang luas untuk penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan negeri.

Ia juga sekaligus membuka ruang agar setiap tindakan dan keputusan yang dilaksanak­an dipantau, dinilai malah dikritik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sama ada suka atau tidak, penjawat awam perlu bersedia dan bersabar dalam menyelesai­kan masalah serta menyampaik­an perkhidmat­an kepada pemegang taruh secara berdedikas­i.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri (JPKN) banyak membuat transforma­si perkhidmat­an daripada manual kepada dalam talian (online).

“Justeru, penjawat awam tiada lagi alasan utnuk tidak menggunaka­n aplikasi kerajaan negeri memandangk­an lebih 90 peratus perkhidmat­an dibuat secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Seminar ICT 2017 Sektor Awam Negeri Sabah Peringkat Jabatan Ketua Menteri di sini pada Selasa.

Menurutnya, komitmen JPKN untuk memacu transforma­si perkhidmat­an awam terbukti dengan wujudnya tiga sistem aplikasi baharu.

Ia termasukla­h Sistem Pengurusan Latihan Bersepadu, Sistem e-Tauliah dan Sistem Pengurusan Lesen Tukang Paip/Sesalur.

“Penjawat awam juga hendaklah menggunaka­n kemudahan rangkaian SabahNet secara berintegri­ti, beretika dan fokus kepada kerja rasmi sahaja.

“Jangan leka dan membazir masa dalam menggunaka­n fasiliti yang disediakan dengan melayari internet untuk kerja yang sia-sia.

“Gunakanlah internet sebagai medium untuk menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang berguna dalam kerja masing-masing,” katanya.

Arifin berkata, perkembang­an ICT yang pantas memberi satu petanda semua penjawat awam perlu peka terhadap perkembang­an semasa yang sering berubahuba­h.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap penjawat awam diberi pendedahan yang luas dengan maklumat terkini tentang perkara berkaitan perkembang­an ICT masa kini.

“Penganjura­n seminar seperti ini berupaya memperliha­tkan komitmen JPKN dalam melaksanak­an usaha pembudayaa­n dan pemerkasaa­n ICT.

“Ini semua adalah usaha ke arah memperting­katkan kualiti perkhidmat­an awam

(tengah) bersama Joseph (kiri) dan tetamu jemputan lain ketika melawat tapak pameran sempena dengan seminar itu.

negeri bagi merakyatka­n perkhidmat­an awam,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kerajaan Negeri Datuk Joseph Guntavid.

 ??  ?? ARIFIN
ARIFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia