Utusan Borneo (Sabah)

Kurup rasmi jambatan Kampung Johan Jaya

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup telah merasmikan jambatan besi di Kampung Johan Jaya Sook di sini pada Ahad.

Jambatan besi itu adalah kegunaan penduduk kampung ke kebun pertanian.

Kurup dalam ucapannya berharap dengan adanya infrastruk­tur itu, akan memudahkan lagi penduduk di kampung itu pergi ke kebun dan mengeluark­an hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.

Katanya, kerajaan begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama sekali untuk menyalurka­n kemudahan infrastruk­tur yang dapat meningkatk­an lagi taraf hidup mereka.

“Saya percaya dengan adanya jambatan ini ia dapat memberi impak kepada penduduk kampung ini terutama sekali dalam meningkatk­an hasil pertanian mereka dan secara langsung meningkatk­an taraf ekonomi mereka.

“Sebagai pemimpin turut tumpang gembira dengan kemudahan yang dinikmati rakyat di kampung ini dan saya berharap jambatan ini dapat meningkatk­an lagi pendapatan isi rumah penduduk di kampung ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Asran Kab mengucapka­n terima kasih di atas keprihatia­n Kurup kerana telah memenuhi keperluan penduduk di kampung itu.

Katanya jambatan besi itu sangat bermakna buat penduduk bagi tujuan mengeluark­an hasil pertanian.

“Saya memberi jaminan bahawa rakyat di kampung ini akan terus menyokong kepimpinan Kurup dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Pada majlis itu, Kurup turut menyampaik­an bantuan sebanyak 100 kerusi untuk kegunaan dewan di kampung itu.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Matusin Bowie, Bendahari PBRS Sabah Edward Yong, Ketua Kampung Jusilie Yurup, wakil Penolong Pegawai Daerah Sook Lasius Tahil dan Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sook Sablin Enggun.

 ??  ?? KURUP memotong riben sebagai gimik perasmian jambatan besi Kampung Johan Jaya.
KURUP memotong riben sebagai gimik perasmian jambatan besi Kampung Johan Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia