Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n bot karam: Tiada penukaran nama jurangan dalam lesen bot

-

KOTA KINABALU: Pegawai Pelabuhan Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah (JPDS) menyatakan, setelah semakan dilakukan tiada sebarang penukaran nama jurangan didalam lesen bot yang dilakukan oleh pemilik bot.

Saksi ke-12 Salim Paeei, 54, berkata demikian di hadapan Hakim Noorhafiza­h Mohd Salim, semasa prosiding perbicaraa­n pada Selasa, mengenai kes bot karam di perairan Pulau Mengalum.

Beliau menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad dari Jabatan Maritim, mengenai permohonan daripada Maritim untuk mengetahui sama ada pemilik bot ada membuat penukaran nama jurangan pada lesen bot.

Dalam surat berkenaan menyatakan, nama jurangan ialah Sharezza Salian, 26, namun didalam lesen bot nama jurangan ialah Leong Vin Jee, 44.

“Saya beri maklum balas kepada Maritim pada 9 Mac, pengesahan mengenai pemilik bot. Setelah semakan dibuat, JPDS mendapati bot berdaftar JN6717/2/P tidak ada buat sebarang penukaran dalam lesen,” katanya di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Beliau juga memberitah­u, menjadi kesalahan sekiranya tiada permohonan untuk pertukaran butiran dalam lesen yang mana menjadi tanggungja­wab pemilik bot atau syarikat.

“Prosedur yang harus dipatuhi, pemilik bot perlu menulis surat untuk mengubah sebarang butiran dalam lesen, terutamany­a untuk juragan,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Michell Sambatan, Salim menyatakan menjadi satu kesalahan apabila pemilik gagal mempamerka­n lesen asal didalam bot.

Menurutnya, ketetapan berkenaaan sudah diperuntuk­kan didalam enakmen dan perkara ini dimaklumka­n secara lisan oleh jabatannya.

“Sewaktu kejadian (bot karam) lesen tidak dipamerkan. Kalau dipamerkan lesen asal ini akan musnah,” katanya.

Ketika soalan balas daripada peguam Benazir Japiril, Salim dirujuk dengan lesen kapal yang tertera masih sah ketika kejadian bot karam berlaku.

Beliau tidak menafikan bahawa nama jurangan didalam lesen berkenaan bukan Sharezza, dan bersetuju bahawa Sharezza bukan jurangan bot kerana tiada permohonan pertukaran dilakukan.

Namun begitu, beliau tidak pasti sekiranya bukan S h are zza yang menjadi jurangan bot pada hari kejadian.

Lesen bot dikeluarka­n oleh JPDS kepada pemilik bot pada 30 Ogos tahun lalu, setelah pihak perlesenan memeriksa semua alat keselamata­n dalam keadaan baik.

Leong, Chung Ket Siew, 64, dan Sharezza didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza sebagai juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd, masing-masing didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti didalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 Peraturan Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung sebagai pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 Peraturan Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada anaknya mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta kru di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Peguam Hamid Ismail dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala Leong dan Chung diwakili peguam Edward Paul dan Alffie Jonney.

Mahkamah menetapkan pada 9, 12, 13, 16 dan 30 Oktober sebagai sambungan tarikh perbicaraa­n, seterusnya pada 3, 21, 17, 20 dan 24 November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia