Utusan Borneo (Sabah)

Tumbuk dan ugut pelajar kerana bunyikan hon, peniaga didenda RM3,800

-

PETALING JAYA: Akibat mengugut dan mencederak­an seorang pelajar kolej swasta kerana tidak berpuas hati pelajar itu membunyika­n hon kereta ke arahnya, seorang peniaga didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Hazley Hassan, 31, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Mohd Hazley bagi pertuduhan mengugut, manakala denda RM1,800 atau penjara dua bulan bagi pertuduhan mendatangk­an kecederaan.

Salamiah turut menasihati tertuduh agar bijak mengawal emosi dan tidak bertindak secara melulu.

“Kenapa kalau dengar bunyi hon mesti nak marah. Itu hanya bunyi hon saja, kerana penumbuk, awak merasa direman berharihar­i,” kata Salamiah kepada tertuduh yang mengangguk n g anggukkan kepalanya.

Tertuduh telah mengugut dan mengacah hendak memukul Syed Zamaref Al Edros Syed Zafilen, 18, menggunaka­n pengunci stereng di tepi jalan SS14, Subang Jaya, di sini, pada 1.15 pagi, 29 Ogos lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Syed Zamaref Al Edros dengan menumbuk dan menolak muka mangsa pada tempat dan masa sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

Bagaimanap­un, Mohd Hazley yang diwakili peguam, Syafiqah Zamani merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan dia adalah penanggung utama keluarga serta dia juga sudah insaf.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia