Utusan Borneo (Sabah)

SMK Tun Fuad Stephens rangkul emas

‘Young Innovators Challenge’ Peringkat Kebangsaan 2017

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu merangkul pingat emas dalam ‘Young Innovators Challenge’ Peringkat Kebangsaan 2017, sempena pameran Petrosains pada 15-17 September 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sekolah itu diwakili tiga pelajar iaitu Benn Collin Linus, Brooklyn De Macwell dan Asliana Kaling telah menghasilk­an sistem berkebun autonomi berasaskan Arduino yang menyediaka­n cahaya matahari tiruan, menyiram tumbuhtumb­uhan dan air berkondens­asi dari udara, yang merupakan ciri unik rekaan mereka.

Pasukan SMK Tun Fuad Stephens telah dipilih untuk mewakili Negeri Sabah setelah memenangi pingat emas pada

Young Innovators Challenge Peringkat Negeri Sabah 2017 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pasukan itu telah dibimbing untuk

Young Innovators Challenge oleh Joubert Joisin, salah seorang pelajar UMS di bawah program itu.

The Young Innovators Chal leng e peringkat kebangsaan telah disokong oleh Sime

JOISIN ROMUT Pengerusi PIBG

Derby dan dianjurkan oleh Chumbaka, iaitu penyedia latihan terpenting dalam industri teknologi.

Program itu fokus membangunk­an Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) untuk diminati golongan belia melalui sistem penanaman seperti Arduino, di mana pelajar terdedah kepada pengaturca­raan dan elektronik untuk menyelesai­kan masalah masyarakat.

“Kita harap pasukan ini akan dapat megulangi kejayaan pada pertanding­an ini pada masa akan datang, di samping lebih ramai lagi pelajar dapat menjejaki pencapaian yang mereka pada masa akan datang, ”

The Young Innovators Challenge pada tahun ini juga telah mendapat sokongan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan UMS. Ia dianjurkan di bawah naungan Pusat Rangkaian Industri dan Komuniti dan UMS.

Madius juga memberi sokongan kepada penyertaan pasukan SMK Tun Fuad Stephens di `Digital Maker Fair’ sebagai sebahagian daripada sokonganny­a untuk pembanguna­n STEM dalam kalangan belia di Sabah.

Pasukan SMK Tun Fuad Stephens yang tiba bersama guru pengiring Mohd Suhairi Ahmad di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada awal pagi Selasa, disambut oleh Pengerusi PIBG Joisin Romut, Ketua Bidang Sains dan Matematik Jannie A Roman serta para ibu bapa pelajar.

Joisin ketika ditemui mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pasukan SMK Tun Fuad Stephens di atas kemenangan itu.

“Sudah tentu pencapaian yang amat membangga dan memberangs­angkan ini telah mengharumk­an nama sekolah dan juga Negeri Sabah.

“Kita harap pasukan ini akan dapat megulangi kejayaan pada pertanding­an ini pada masa akan datang, di samping lebih ramai lagi pelajar dapat menjejaki pencapaian yang mereka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Madius yang telah membantu menaja perjalanan pasukan itu untuk menyertai Young Innovators Challenge Peringkat Kebangsaan 2017.

Sementara itu, Shuhairi berkata kejayaan pasukan itu adalah hasil sokongan padu daripada warga SMK Tun Fuad Stephens, khususnya Joisin, Pengetua Lokin Gintos dan Jannie.

Sekolah itu juga berterima kasih kepada Madius yang telah menaja perjalanan dan membolehka­n pasukan SMK Tun Fuad Stephens menyertai pertanding­an itu.

Ketua pasukan Benn Collin Linus mengucapka­n terima kasih kepada mentor Joubert Joisin yang telah membawa mereka menceburi bidang itu.

“Beliau memberi cabaran kepada kami untuk mereka cipta daripada awal dan membimbing kami sehingga sampai ke tahap ini,” katanya,

Katanya, pasukan itu sangat bertuah mendapat mentor seperti Joubert yang berpengeta­huan luas dan berpengala­man.

“Kami menanam cita-cita untuk menjejaki pencapaian mentor kami yang telah memenangi emas dalam pertanding­an rekacipta robotik antarabang­sa (Internatio­nal Robotic Olympiad - IRO) di Gwangju, Korea Selatan pada 2012,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN SMK Tun Fuad Stephens bergambar kenangan bersama Joisin, Jannie dan ibu bapa setibanya mereka di LTAKK, pagi Selasa.
PASUKAN SMK Tun Fuad Stephens bergambar kenangan bersama Joisin, Jannie dan ibu bapa setibanya mereka di LTAKK, pagi Selasa.
 ??  ?? SHUHAIRI (kiri), Benn (dua kanan), Brooklyn dan Aslina menunjukka­n pingat emas yang dimenangi.
SHUHAIRI (kiri), Benn (dua kanan), Brooklyn dan Aslina menunjukka­n pingat emas yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia