Utusan Borneo (Sabah)

Revolusi Industri 4.0 penting

Dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar dan masyarakat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Penerapan Revolusi Industri 4.0 kepada pelajar pengajian tinggi dilihat satu aspek penting pada masa kini.

Pengarah Strategi Perisian 4.0 Venture Capital Group Deborah Magid berkata revolusi industri 4.0 dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar mahupun masyarakat dalam pelbagai bidang terutamany­a dunia perniagaan.

“Revolusi Industri 4.0 memerlukan individu atau pelajar sebagai pemain industri pada era ini kerana setiap ruang mempunyai peluang dan potensi besar untuk dijana kepada dunia perniagaan.

“Hal ini kerana, Revolusi Industri 4.0 adalah zaman teknologi yang memanipula­sikan industri sedia ada dengan menggunaka­n sistem kepada sesuatu perkhidmat­an mahupun produk berbentuk fizikal.

“Para pelajar pengajian tinggi perlu membuat sistem sendiri berasaskan Revolusi Industri 4.0 mengikut kemahiran dan teknologi agar boleh digunakan dalam era ini kerana nilai kemajuan seumpama ini semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah dalam program Revolusi Industri 4.0 dan Impaknya Terhadap Pendidikan Tinggi, di sini pada Selasa.

Deborah berkata, pelajar juga boleh mewujudkan perniagaan sendiri melalui usaha Revolusi Industri 4.0 berkenaan.

Katanya pelajar masa kini perlu memandang ke hadapan dan berfikiran kritis dalam melakukan inovasi.

“Ia kerana, industri pembuatan dalam era Revolusi Industri 4.0 ini dikawal melalui teknologi. Sistem yang wujud mampu memahami dan menterjema­h apa yang difikirkan manusia.

“Dalam pada itu, kejurutera­an serta kepakaran teknologi maklumat (IT) dan domain semuanya mesti digabungka­n sebagai

DEBORAH MAGID

Pengarah Strategi Perisian 4.0 Venture Capital Group

pendekatan silang disiplin untuk pengajaran dan perniagaan masa kini,” katanya.

Kira-kira 200 pelajar menghadiri ceramah Revolusi Industri 4.0 dan Impaknya Terhadap Pendidikan Tinggi berkenaan.

Turut hadir, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Bradley Hurst.

“Revolusi Industri 4.0 memerlukan individu atau pelajar sebagai pemain industri pada era ini kerana setiap ruang mempunyai peluang dan potensi besar untuk dijana kepada dunia perniagaan.”

 ??  ?? DEPAN, dari kanan: Deborah, Asri dan Bradley merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.
DEPAN, dari kanan: Deborah, Asri dan Bradley merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia