Utusan Borneo (Sabah)

Empat beradik bergelar hajah pada usia muda

-

KUCHING: Pada usia 25 tahun, Nur Fadzleena Mohd Najib antara jemaah haji yang bertuah dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.

Tambah menarik, Nur Fadzleena menunaikan haji bersama tiga lagi adikadik perempuann­ya, Nur Farishya, 18; Nur Fathiah 23 dan Nur Farhana, 21, ibu bapa serta dua bapa saudara bersama isteri masingmasi­ng.

“Apabila dimaklumka­n terpilih untuk menunaikan haji sekitar Mei 2017 lalu, saya dan adik-beradik memang rasa sangat bersyukur dapat pergi pada usia agak muda.

Kami pergi 10 orang syukur pergi sebagai keluarga kalau pergi asing-asing susah sebab kita tidak pasti keadaan di sana, kalau satu keluarga boleh bantu-membantu,” katanya yang tinggal di Jalan Depo, Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA), di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nur Fadzleena kakitangan swasta yang bertugas di Kuala Lumpur berkata dia mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan untuk menguruska­n proses serta menunaikan haji.

“Pengalaman menunaikan haji banyak memberi pengajaran, sangat mengajar untuk saya dan ahli keluarga bersabar.

Di sana banyak masa kita perlu tunggu, beratur serta bertolak ansur. Kita boleh lihat perangai manusia sama ada bersabar atau tidak, mementingk­an diri atau tidak. Apa yang saya boleh simpulkan menunaikan haji mengajar saya untuk banyak bersabar,” katanya.

Ketika ditanya urusan jemaah Malaysia di bawah kendalian Tabung Haji, Nur Fadzleena berkata jemaah negara ini sangat bertuah mempunyai sebuah agensi yang menguruska­n secara sistematik.

“Tabung Haji sangat menjaga jemaah Malaysia, mereka beri segala-galanya dari segi maklumat, sentiasa dikemaskin­i jika berlaku sebarang perubahan.

“Saya lihat jemaah dari negara lain mereka ada menghadapi kesulitan tidak (seperti) jemaah Malaysia di bawah jagaan Tabung Haji. Kalau tidak ada Tabung Haji tidak tahu bagaimana perjalanan menunaikan haji jemaah Malaysia,” katanya.Bernama

 ??  ?? EMPAT adik-beradik (dari kiri) Nur Fadzleena, 25, Nur Farhana, 21, Nur Fathiah, 23, Nur Farishya, 18, merupakan sebahagian daripada 156 jemaah haji kumpulan pertama dari Sarawak yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada Selasa.
EMPAT adik-beradik (dari kiri) Nur Fadzleena, 25, Nur Farhana, 21, Nur Fathiah, 23, Nur Farishya, 18, merupakan sebahagian daripada 156 jemaah haji kumpulan pertama dari Sarawak yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia