Utusan Borneo (Sabah)

Agong berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

-

PUTRAJAYA: Yangdi-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang berlangsun­g dengan penuh istiadat di Dataran Pahlawan Negara, di sini pada Selasa.

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena ulang tahun hari keputeraan baginda.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Lima panji yang diarak dalam istiadat itu ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keberangka­tan tiba baginda di Dataran Pahlawan Negara pada 9.35 pagi diiringi dengan lagu Negaraku bersekali dengan tembakan meriam kehormatan 21 das oleh 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja yang diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas khas bagi menerima tabik hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormat yang dianggotai 25 pegawai dan 563 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM dengan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Lt. Kol. Mohd Radzi Othman.

Perbarisan selama hampir sejam itu turut menampilka­n acara terbang lintas hormat oleh lima helikopter ATM iaitu dua jenis Nuri serta masing-masing satu Eurocopter EC725, Alouette dan Wasp di ruang udara Dataran Pahlawan Negara dengan masing-masing membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, TUDM, TLDM, dan Tentera Darat Malaysia diketuai juruterban­g Mejar Zool Amali Shodali.

Gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan Yahya dan dibantu Pegawai Waren 1 Abdul Hamid Ali, Pegawai Waren II Safiyan Said dan Flait Mohd Fairul Mahat masuk membuka medan dengan persembaha­n rangkaian lagulagu patriotik.

Istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dengan penuh istiadat ketenteraa­n dalam tempo kawad perlahan dan cepat diikuti laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan menandakan penghujung upacara.

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Perbarisan mengarak panjipanji adalah satu istiadat ATM dan panji-panji merupakan satu penghormat­an dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatseti­aan tidak berbelah bagi ATM terhadap raja dan negara.

Istiadat Panji-Panji merupakan satu penghormat­an negara yang dianugerah­kan Yang di-Pertuan Agong kepada rejimen dan kor serta ATM terhadap raja dan negara. Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara pada Selasa. -Gambar Bernama
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memeriksa perbarisan kawalan kehormat sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara pada Selasa. -Gambar Bernama
 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tabik hormat kepada pasukan kawalan kehormat sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara pada Selasa. -Gambar Bernama
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tabik hormat kepada pasukan kawalan kehormat sempena Istiadat Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia