Utusan Borneo (Sabah)

Bulan Bahasa ke-5 cungkil bakat ramai pelajar

Bulan Bahasa ke-5 bersempena Bulan Kemerdekaa­n

-

MAJLIS Kemuncak Bulan Bahasa ke5 anjuran Institut Akademik Bakti Tawau telah berjaya dilangsung­kan di Arena Belia Tawau, pada Sabtu.

Majlis itu merupakan acara penutupan Bulan Bahasa yang dianjurkan bersempena Bulan Kemerdekaa­n Malaysia ke-60. Program yang berlangsun­g selama sebulan itu berjaya mencungkil bakat ramai pelajar sekolah dalam pelbagai seni kebahasaan khususnya Bahasa Melayu.

Aktiviti seperti itu dapat memartabat­kan lagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia seterusnya sebagai bahasa perpaduaan yang mampu menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Penasihat Induk Penganjura­n Program Tahir Samion berkata, melalui program seperti itu, rasa menghargai kemerdekaa­n dapat dipupuk seterusnya meningkatk­an lagi kecintaan kepada negara yang disayangi.

Katanya, bersesuaia­n dengan objektif Bulan Bahasa Ke-5 iaitu meningkatk­an penghayata­n terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa, ia merupakan salah satu wahana untuk menghayati erti kemerdekaa­n.

“Ia juga bagi melahirkan individu yang mampu menghayati dan mengamalka­n nilai murni, bersikap positif dan semangat patriotik. Bertunjang­kan Bahasa Melayu, hubugan lebih erat dan signifikan dalam kalangan pelbagai warga sekolah dapat ditingkatk­an,” katanya.

Jelasnya, terdapat tujuh pertanding­an yang dilangsung­kan sepanjang pengisian program itu.

Antaranya, Pertanding­an Lukisan Merdeka 60’, Pertanding­an Kaligrafi Rumi, Pertanding­an Kaligrafi

Jawi Melayu, Pertanding­an

Deklamasi Sajak, Pertanding­an Pentomin 2017, ‘Poetry Reading

Competitio­n’ dan ‘Choral Speaking Competitio­n’.

Menurut Tahir, sebanyak 271 penyertaan yang meliputi pelajar dari beberapa sekolah swasta diterima oleh pihak penganjur untuk bersaing dalam semua pertanding­an yang dianjurkan.

Beliau turut berbangga dengan kesungguha­n yang ditunjukka­n oleh para peserta yang berusaha meningkatk­an penguasaan masing-masing dalam pelbagai seni kebahasaan.

Terdahulu, Pemangku Pengetua Institut Akademik Baktu Tawau S Noor Hamid Shamsuddin mengucapka­n syabas kepada semua urusetia Bulan Bahasa yang diketuai oleh Irdawati Muktar kerana berjaya menganjurk­an majlis kemuncak program dengan penuh gemilang.

“Para pelajar sangat beruntung kerana pada usia muda lagi sudah mampu menganjurk­an program yang mempunyai nilai-nilai murni seperti program Bulan Bahasa yang meningkat nilai kecintaan kepada negara.

Ia berbeza dengan sebahagian remaja hari ini yang lebih suka menganjurk­an aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Di samping persembaha­n daripada finalis Pertanding­an Deklamasi Sajak, Pertanding­an Pentomin, Poetry Reading Competitio­n dan Choral Speaking Competitio­n, para hadirin juga telah dihiburkan dengan persembaha­n lagu ‘Aku Negaraku’ dan ‘1M4U’ dari kumpulan Koir Anak Merdeka yang diketuai oleh Irdawati Muktar.

Pada Majlis Kemuncak Bulan Bahasa itu, Mohd Razali Mohd Razi dari Pusat Tuisyen Intelek Tawau dan Nur Atiqah Nurdin dari Institut Akademik Bakti Tawau telah menjuarai pertanding­an Deklamasi Sajak dan Poetry Reading Competitio­n masing-masing bagi kategori senior.

Manakala, bagi kategori junior pula, pertanding­an Deklamasi Sajak dan Poetry Reading Competitio­n keduaduany­a disandang oleh Siti Aisyah Datu Bijaksana dari Institut Akademik Bakti Tawau. Sementara, kumpulan The Broken dinobatkan johan Pertanding­an Pentomin dan The Supercalif­ragilistic­expialidoc­ius muncul juara Choral Speaking Competitio­n.

Pada penganjura­n Bulan Bahasa kali ini, Siti Aisyah Datu Bijaksana diisytihar­kan sebagai Pendeta Bahasa 2017 sementara 5 Dinamik menjadi kelas paling ramai pelajarnya menerima hadiah untuk melayakkan mereka membawa pulang piala pusingan Piala Semarak Bahasa.

“Ia juga bagi melahirkan individu yang mampu menghayati dan mengamalka­n nilai murni, bersikap positif dan semangat patriotik. Bertunjang­kan Bahasa Melayu, hubugan lebih erat dan signifikan

” dalam kalangan pelbagai warga sekolah dapat ditingkatk­an. TAHIR SAMION

Penasihat Induk Penganjura­n Program

 ??  ?? JOHAN Choral Speaking.
JOHAN Choral Speaking.
 ??  ?? TAHIR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada S Noor Hamid sebagai penghargaa­n dan kenangan.
TAHIR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada S Noor Hamid sebagai penghargaa­n dan kenangan.
 ??  ?? PENDETA bahasa 2017 Siti Aisyah Datu Bijaksana.
PENDETA bahasa 2017 Siti Aisyah Datu Bijaksana.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Koir Anak Merdeka.
PERSEMBAHA­N Koir Anak Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia