Utusan Borneo (Sabah)

Bangkit pertahanka­n kemerdekaa­n

Kemerdekaa­n dikecapi hasil perjuangan pemimpin terdahulu dan kini

-

SEBAGAI rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan sesuai dengan tema ‘NegaraKu Sehati Sejiwa’, sambutan Hari Kebangsaan menekankan betapa pentingnya seluruh rakyat negara ini bersatupad­u dan tidak berpecah belah yang hanya mengundang kepada kehancuran negara, sebaliknya kita harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan kepada perpaduan dan integrasi nasional.

Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Seri Panglima (DSP) Haji Abdul Rahim Ismail berkata, kemerdekaa­n yang kita nikmati dan kecapi hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini.

“Justeru itu, setiap warganegar­a perlu bangkit untuk membela dan mempertaha­nkan bukannya menghancur­kan kemerdekaa­n berkenaan,”kata Rahim semasa merasmikan majlis penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK. Pantai Manis, Papar di Dewan Ar Rahim pada Selasa.

Katanya, bukan mudah untuk menyatupad­ukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan budaya yang berbeza-beza.

“Namum negara kita sudah 60 tahun merdeka dan kita hidup dalam aman dan sentosa. Ini adalah hasil kebijaksan­aan pemimpin kita dahulu dan kini yang telah membawa ketenteram­an kepada negara,” ujarnya.

Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, untuk mengisi kemerdekaa­n, kerajaan telah membawa pendidikan agar anak-anak bangsa kita mempunyai ilmu selain pandai menghormat­i ibubapa, guru-guru serta menanam disiplin yang tinggi agar menjadi insan yang berguna kepada negara di masa hadapan.

“Tatanglah kemerdekaa­n ini agar dapat kita wariskan kepada generasi yang akan datang sebagaiman­a kita mewarisiny­a daripada para pejuang kemerdekaa­n dan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Menurut Rahim, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah memberi contoh teladan yang baik kepada generasi muda hari ini yang kita percayai akan menjadi pemimpin masa akan datang.

“Oleh itu, generasi muda hari ini agar terus berusaha untuk memantapka­n jatidiri serta menjauhkan diri mereka daripada kegiatan yang tidak bermoral.

Rahim mengucapka­n syabas dan tahniah kepada guru-guru dan para ibubapa dan semua jawatankua­sa penganjur yang telah menunjukka­n kerjasama yang tulen sehingga program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Dalam program ini juga, pihak penganjur telah mengadakan persembaha­n

‘Action Song’, koir, sajak, pertanding­an Fesyen Merdeka serta majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an ‘Basikal Merdeka’ yang telah disempurna­kan oleh Rahim.

Hadir di majlis itu, Guru Besar SK. Pantai Manis Hajah Zaitun Ambang, YDP PIBG Oyot Daham, PPM Pantai Manis Hj.Ag. Arshad Hj.Ag.Kahar, Pegawai Khas DSP Ibrahim Othman, wakil PPD Papar Zaidi Pg.Fauzi, Ketua Kg. Bambangan Hj.Suhaili Daud, para pemimpin dan masyarakat setempat.

 ??  ?? (Gambar kanan) RAHIM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang Basikal Merdeka.
(Gambar kanan) RAHIM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang Basikal Merdeka.
 ??  ?? RAHIM bersama hadirin melaungkan ‘Merdeka’ selepas menaikkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian.
RAHIM bersama hadirin melaungkan ‘Merdeka’ selepas menaikkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian.
 ??  ?? (Gambar atas) RAHIM disambut mesra oleh anak-anak merdeka sambil diiringi oleh Oyot.
(Gambar atas) RAHIM disambut mesra oleh anak-anak merdeka sambil diiringi oleh Oyot.
 ??  ?? RAHIM, Hjh Zaitun, Hj.Ag.Arshad, Oyot, Zaidi dan Hj.Suhaili merakamkan gambar bersama pemenang, peserta koir dan action song.
RAHIM, Hjh Zaitun, Hj.Ag.Arshad, Oyot, Zaidi dan Hj.Suhaili merakamkan gambar bersama pemenang, peserta koir dan action song.
 ??  ?? RAHIM menyampaik­an replika cek kepada Oyot (dua kanan).
RAHIM menyampaik­an replika cek kepada Oyot (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia