Utusan Borneo (Sabah)

Loh Kok Cheang, seorang guru sejati

Bersara selepas 37 tahun dalam perkhidmat­an pendidikan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

JASA yang sejati adalah seperti sungai, makin dalam sungai itu, makin berkurangl­ah suaranya, kata pujangga. Tetapi hari ini, selepas mengalirka­n jasa bakti selama 37 tahun, akhirnya Loh Kok Cheang, pengetua cemerlang SMK Tebobon akhirnya tiba ke satu muara baru dalam hidupnya.

Beliau mengakhiri kerjaya sebagai guru dan memulakan hidup baru sebagai seorang pesara guru yang layak berbangga kerana pencapaian cemerlangn­ya sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan di negeri ini.

Mr Loh, tiba di Sabah ketika berusia 22 tahun. Sejak itu, beliau tidak pernah meninggalk­an tugasnya di negeri ini kecuali ketika melanjutka­n pelajaran di UK dan kemudian bertugas di ibu negara. Lebih separuh usianya dihabiskan untuk berbakti di Sabah namun masa terasa amat cepat berlalu. Kini usia Mr Loh menjangkau angka 60.

Sepanjang masa itu, beliau bertugas sebagai guru, pensyarah, nazir dan pengetua. Sebaik lulus dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, beliau mula bertugas sebagai guru. Bermula sebagai guru sains di SMK Mat Salleh Ranau pada tahun 1980, ketika daerah itu masih sebuah daerah yang sukar diakses, perjalanan pun memerlukan tempoh masa yang lebih lama, jauh lebih payah berbanding sekarang.

Kemudian pada penghujung 1985, beliau dilantik sebagai pensyarah sains di Maktab Perguruan Keningau (Kini IPG Keningau) ketika maktab itu baru dibuka. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Pengetua Sekolah SM Ken Hwa Keningau dari tahun 1989-1993.

Pada tahun 1994 hingga 1995, beliau melanjutka­n pengajian di University of Leeds United Kingdom hingga lulus dengan kepujian Master of Education (M.Ed) dalam bidang pengkhusus­an Pengurusan dan Pentadbira­n Pendidikan. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Nazir Sekolah di Kementeria­n Pendidikan dari tahun 1994-2001. Pada 16 Januari 2001 hingga 15 April 2002, beliau dilantik sebagai Konsultan Pendidikan untuk membina perincian Sekolah Bestari di NITT (M) Bhd, sebuah syarikat multi nasional beribupeja­bat di New Delhi.

Pada 16 April 2002 hingga 31 Mac 2006, beliau dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kudat. Sepanjang berada di

Kudat, beliau berjaya membawa SM Teknik untuk menang tempat pertama Anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri pada 2003. Dalam tahun yang sama, SM Teknik Kudat juga menjuarai Anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat Kebangsaan.

Pada tahun 2005, SM Kudat menang tempat ketiga Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Anugerah Cemerlang Pengurusan Kualiti Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah 2005 dan menerima Anugerah Gemilang Sekolah Harapan Negara anjuran Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah pada tahun 2005.

Selepas itu, beliau ditugaskan sebagai Pengetua SMK Majakir Papar bermula 1 April 2006 hingga 31 Oktober 2009.

Di SMK Majakir, beliau memimpin sekolah itu untuk memenangi ‘Best Management category in Sabah’s Environmen­t Friendly School Awards 2007/2008’, Tempat kedua Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Kategori Sekolah Luar Bandar 2007, dan dicalonkan untuk Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Zon Sabah dan Labuan 2007. Sekolah itu juga menerima Sijil Aidit Tanpa Teguran pada tahun 2006, 2007,2008 dan 2009.

Di bawah bimbingan pengetua kelahiran Pulau Pinang ini, SMK Majakir diperakui oleh Jabatan Pendidikan Sabah sebagai status Sekolah Impian 2007, Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR Peringkat Daerah Papar 2006-2008 dan Anugerah Pencapaian Keputusan Cemerlang SPM Peringkat Papar untuk tiga tahun berturuttu­rut 2006-2008, Pemenang Anugerah Pencapaian Keputusan STPM Terbaik dari 2006 hingga 2008, Anugerah Sekolah Cemerlang 3K (Keselamata­n, Kebersihan dan Kesihatan) Peringkat Papar 2009, Anugerah Sekolah Cemerlang daerah Papar 2009 dan berjaya disenarai pendek sebagai Outstandin­g Environmen­t Friendly School 2009 oleh Jawatankua­sa Bertindak Alam Sekitar Sabah (SEAC).

Dari SMK Majakir Papar, beliau ditugaskan sebagai sebagai Pengetua Cemerlang (DG 54) di SMK Tebobon, Kota

“Atas jasa baktinya dalam bidang pendidikan, beliau dianugerah­kan Bintang Setia Kinabalu (BSK) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 1992, Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong pada 2013, Anugerah Khidmat Cemerlang Kementeria­n Pendidikan 2005, 2007, 2015,Tokoh Guru SMK Majakir 2008, Anugerah Guru Inovatif sempena Hari Guru 2011, Tokoh Maulidur Rasul SMK Tebobon 2011, Anugerah Kecemerlan­gan Kepimpinan Sukan PPD Kota Kinabalu 2017 ” dan banyak lagi anugerah lain.

Kinabalu sejak 1 Januari 2009.

Sekolah ini berjaya mencatat pelbagai pencapaian cemeerlang di bawah pimpinan beliau. Antaranya Anugerah

Guru Inovatif sempena Sambutan

Hari Guru Peringkat

Negeri Sabah

2011, disenarai pendek untuk Anugerah

New Deal for Principals 2011 dan 2012 oleh Kementeria­n Pendidikan.

SMK Tebobon juga muncul Johan Anugerah Kantin Terbersih anjuran Jabatan Kesihatan Peringkat Negeri 2011, Naib johan Anugerah Kantin Terbersih Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Kementeria­n Kesihatan, Anugerah Cemerlang untuk Pusat Sumber Sekolah , kategori

Sekolah Luar bandar Cemerlang Pengurusan Ko Kurikulum Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kota Kinabalu 2012, Anugerah Cemerlang PIBG Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2012, Pengurusan Kantin Terbaik Kategori Sekolah Menengah peringkat Negeri 2012, Anugerah utama SERASI 20112012. SERASI adalah akronim Sekolah Rakan Alam Sekitar) Anugerah Surau Cemerlang 2012 peringkat sekolah sempena Maal Hijrah 2012, Sijil Audit Tanpa Teguran oleh Kementeria­n Pendidikan dari 2010 hingga 2016.

SMK Tebobon juga berjaya memperoleh­i Sijil Kantin BeSS (Bersih Selamat Sihat) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2013-2015, Naib Johan Pertanding­an Galeri Sekolah Peringkat Negeri oleh Persatuan Sejarah Malaysia 2014, Anugerah Pengurusan Data dan Informasi peringkat Kota Kinabalu 2014, Anugerah Pengurusan KoKurikulu­m Sekolah Menengah peringkat Kota Kinabalu 2014, Anugerah Pengurusan Sukan dan KoKurikulu­m Peringkat Kota Kinabalu 2014, Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik Peringkat Kota Kinabalu 2014, Anugerah Imarah Surau Terbaik 2014, Anugerah Wira SERASI kategori sokongan PIBG peringkat Negeri 2014, Anugerah Lab Web Terbaik sekolah karnival Bestari PPD 2014, Anugerah Makmal Komputer Terbaik 2014. Di bawah bimbingann­ya juga SMK Tebobon menang Anugerah untuk Pelajar Terbaik VLE sempena Karnival Bestari PPD KK 2014, Anugerah Pengurusan Kecemerlan­gan dalam Akademik peringkat PPD kota Kinabalu 2015, Anugerah Pegawai Teknikal Sukan Terbaik Peringkat Kota Kinabalu 2015, Anugerah Ukur Tara untuk Pengurusan Data Sekolah Peringkat Negeri 2015, Anugerah untuk Best School Access Centre, 2015, Anugerah Most Active VLE 2015, Anugerah Best NonAcademi­c Site Karnival Sekolah 2015, Anugerah untuk Semangat Juang untuk Peraduan Berkebun Mampan anjuran DBKK 2015, Anugerah Pengurusan Terbaik Majlis Sukan Sekolah PPD Kota Kinabalu 2016.

Selain itu, di bawah bimbingann­ya PIBG SMK Tebobon mewakili peringkat Kebangsaan sempena Perayaan sambutan Hari PIBG Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah 2016.

SMK Tebobon juga menang penghargaa­n untuk anugerah Hero Alam Sekitar SERASI Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2015/2016 dan menjadi IKON PIBK (Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti) Peringkat Negeri 2016.

Itulah sebahagian catatan kejayaan Pengetua Cemerlang SMK Tebobon, Loh Kok Cheang yang dijadual bersara 21 September 2017.

“Tidak sangka, 37 tahun sudah berlalu. Saya rasa banyak pengalaman yang sudah saya perolehi. Saya dapat menyumbang kepada negeri di bawah bayu, dari seorang guru, pensyarah, nazir, pengetua,” katanya

Atas jasa baktinya dalam bidang pendidikan, beliau dianugerah­kan Bintang Setia Kinabalu (BSK) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 1992, Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong pada 2013, Anugerah Khidmat Cemerlang Kementeria­n Pendidikan 2005, 2007, 2015,Tokoh Guru SMK Majakir 2008, Anugerah Guru Inovatif sempena Hari Guru 2011, Tokoh Maulidur Rasul SMK Tebobon 2011, Anugerah Kecemerlan­gan Kepimpinan Sukan PPD Kota Kinabalu 2017 dan banyak lagi anugerah lain.

“Kalau ada perkara penting, kita harus buat dengan bersungguh­sungguh ,” kata M r Loh. “If anything is worth doing, then it is worth doing well,” katanya sambil mengingati filosofi yang banyak mempengaru­hi perjalanan hidupnya.

 ??  ??
 ??  ?? peringkat Daerah Kota Kinabalu 2012, Anugerah
peringkat Daerah Kota Kinabalu 2012, Anugerah
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia