Utusan Borneo (Sabah)

Suu Kyi nafi krisis Rohingya berlarutan

Pelarian akan diterima semula selepas penapisan ketat, situasi didakwa tenang

-

NAYPYIDAW: Aung San Suu Kyi berkata pada Selasa bahawa beliau tidak gentar dengan sorotan global mengenai krisis Rohingya dan berikrar untuk mempertang­gungjawabk­an mereka yang melanggar hak asasi manusia serta menempatka­n semula sebahagian daripada 410,000 Muslim yang telah melarikan diri daripada operasi ketenteraa­n di Myanmar.

Namun beliau tidak menawarkan penyelesai­an konkrit bagi menghentik­an apa yang disifatkan PBB sebagai genosid.

Amnesty Internatio­nal menuduh pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu memilih untuk tidak mempedulik­an pencabulan oleh tentera.

Dalam ucapan rasmi 30 minit di televisyen pada Isnin, beliau menangani pengkritik­nya dengan menggunaka­n retorik melambung yang pernah menjadikan­nya kesayangan komuniti hak asasi manusia global.

Dalam ucapan yang bertepatan menggantik­an ucapannya pada Persidanga­n Agung PBB di New York, beliau mendakwa Myanmar sudah bersiap sedia untuk menerima semula pelarian selaras dengan proses pengesahan yang dipersetuj­ui dengan Bangladesh pada awal 1990-an.

“Mereka yang diiktiraf sebagai pelarian akan diterima tanpa sebarang masalah serta dengan jaminan penuh ke atas keselamata­n mereka dan akses kepada bantuan kemanusiaa­n,” kata Suu Kyi, 72, tanpa memperinci­kan jumlah yang dikira layak.

Namun subjek tuntutan mereka untuk tinggal di Myanmar menjadi sorotan perdebatan hangat mengenai kumpulan Muslim itu yang dinafikan kewarganeg­araan dan dianggap pendatang haram dari Bangladesh meskipun sudah ratusan tahun wujud di negeri Rakhine.

Kerajaan Myanmar sebelum itu menyatakan ia tidak akan menerima semula mereka yang ada kaitan dengan teroris dan mencadangk­an kebanyakan yang melarikan diri membakar kampung mereka sendiri terlebih dahulu.

Dalam ucapan yang disampaika­n sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, Suu Kyi menegaskan ‘operasi pembersiha­n tentera’ telah tamat pada 5 September tanpa serangan lanjut militan.

Namun para wartawan AFP melihat sendiri rumah penduduk masih dibakar berhari-hari selepas 5 September manakala keterangan daripada pelarian yang tiba di Bangladesh mencadangk­an operasi ketenteraa­n tidak pernah dihentikan.

Tarikh baharu satelit yang diterbitka­n Human Rights Watch semalam dilaporkan menunjukka­n 214 kampung Rohingya tinggal abu.

“Jika tiada apa-apa berlaku sejak 5 September dan kesemua orang Rohingya telah pergi, siapa pula yang membakarny­a?” kata Phil Robertson daripada Human Rights Watch.

Tanpa menyalahka­n manamana kumpulan etnik atau tentera atas keganasan tersebut, Suu Kyi berikrar untuk menghukum sesiapa sahaja yang didapati bersalah mencabul hak asasi manusia tanpa mengira kedudukan politik, agama atau bangsa.

Pemantau hak asasi manusia dan pelarian Rohingya mendakwa tentera, yang lazimnya dikeliling­i orang etnik Rakhine bukan Muslim, secara bersistema­tik membakar kampung Rohingya, manakala PBB menuduh tentera Myanmar melakukan genosid.

Amnesty Internatio­nal, yang pernah berkempen tanpa henti bagi pembebasan Suu Kyi daripada penahanan di rumah, mengecam ucapannya dengan menyatakan beliau dan kerajaanny­a membutakan mata terhadap kengerian yang sedang berlaku di Rakhine.

Kira-kira 170 kampung Ro-

“Amnesty Internatio­nal menuduh pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu memilih untuk tidak mempedulik­an pencabulan oleh tentera. Dalam ucapan rasmi 30 minit di televisyen pada Isnin, beliau menangani pengkritik­nya dengan menggunaka­n retorik melambung yang pernah menjadikan­nya kesayangan komuniti hak asasi global.” manusia

hingya telah hangus terbakar, menurut kerajaan, meliputi hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruha­n kampung seumpamany­a di Rakhine.

Suu Kyi pula mendakwa majoriti Muslim di negeri Rakhine tidak menyertai penghijrah­an Rohingya malah lebih 50 peratus kampung Muslim masih utuh.

Rakhine sudah dikepung tanpa akses bebas kepada orang luar, sesuatu yang dicadangka­n Suu Kyi akan berubah memandangk­an Myanmar tidak gentarkan sorotan antarabang­sa.

Tatkala kisah orang awam Rohingya yang keletihan dan kelaparan berduyun-duyun ke Bangladesh telah mendominas­i tajuk berita global, langsung tiada simpati bagi mereka kalangan majoriti Buddha Myanmar.

Kira-kira 30,000 etnik Buddha dan Hindu Rakhine juga telah melarikan diri susulan serangan pada 25 Ogos oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Ramai pihak di Myanmar menolak kewujudan etnik Rohingya, sebaliknya menegaskan mereka adalah Benggali, pendatang haram dari Bangladesh.

Kebencian terhadap Rohingya menyaksika­n penduduk Myanmar termasuk aktivis prodemokra­si terkemuka bersekutu dengan tentera yang pernah memijak mereka.

Mentaliti rampasan telah berleluasa di Myanmar di mana PBB, pertubuhan bukan kerajaan antarabang­sa dan media asing menjadi fokus kemarahan kerana didakwa berat sebelah dan pro-Rohingya.

Ucapan Suu Kyi disambut hangat di Myanmar.

“Beliau memaklumka­n situasi sebenar kepada dunia bagi pihak rakyat Myanmar,” kata seorang penonton, Chan Myae, 27.

 ?? — Gambar Reuters ?? SUU Kyi menyampaik­an ucapan kepada negara berhubung situasi Rakhine dan Rohingya di Naypyitaw.
— Gambar Reuters SUU Kyi menyampaik­an ucapan kepada negara berhubung situasi Rakhine dan Rohingya di Naypyitaw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia