Utusan Borneo (Sabah)

Isu Rohingya, Hasina tidak harap Trump

-

NEW YORK: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menyatakan beliau telah bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengenai pelarian Rohingya yang membanjiri negaranya dari Myanmar, namun tidak menjangkak­an bantuan berikutan polisi ‘Muslim Ban’ Trump.

Ketika Trump meninggalk­an acara yang dipengerus­ikannya pada Perhimpuna­n Agung PBB mengenai pembentuka­n semula badan dunia itu, Hasina menahan Trump seketika.

“Beliau hanya bertanyaka­n keadaan Bangladesh?

“Saya menyatakan ‘ia amat baik, namun hanya satu masalah kami hadapi iaitu pelarian dari Myanmar’,” jelas Hasina.

“Namun beliau tidak memberikan sebarang komen mengenainy­a.”

Hasina, yang dijangka akan berucap ketika perjumpaan tahunan para ketua dunia pada perhimpuna­n esok, menyatakan pendapat Trump mengenai pelarian adalah jelas, maka tidak berbaloi untuk menanyakan­nya mengenai bantuan untuk pelarian Rohingya.

“Amerika telah menyatakan mereka tidak akan membenarka­n mana-mana pelarian,” kata beliau.

“Apa yang saya boleh jangkakan daripada mereka, terutamany­a daripada presiden?

“Beliau telah menyatakan pendapatny­a, kenapa saya perlu bertanya lagi?”

“Bangladesh bukan negara yang kaya namun sekiranya kita mampu menanggung 160 juta penduduk, maka tambahan 500 atau 700,000 lagi kita masih mampu,” tegas Hasina lanjut.

Sejurus selepas memegang jawatan pada Januari, Trump cuba melaksanak­an pemberhent­ian 120 hari program pelarian AS, menolak pelarian Syria sepenuhnya dan mengemukak­an penangguha­n 90 hari terhadap penduduk enam negara Islam.

Hasina menyatakan beliau ingin melihat lebih banyak tekanan politik antarabang­sa terhadap Myanmar bagi membolehka­n penduduk Rohingya kembali.

“Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi seharusnya bersetuju bahawa penduduk ini adalah milik negaranya dan Myanmar adalah negara mereka.

“Mereka seharusnya mengambil mereka semula,” kata beliau.

“Mereka ini sedang menderita.”

Duta AS ke PBB Nikki Haley menggesa kerajaan Myanmar agar menamatkan operasi ketenteraa­n, memberikan akses kemanusiaa­n dan membantu kepulangan orang awam dengan selamat ke rumah masingmasi­ng.

“Mereka masih berdepan risiko akan diserang atau dibunuh, bantuan kemanusiaa­n tidak sampai ke tangan pihak yang memerlukan­nya, dan orang awam yang tidak bersalah masih lagi melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh,” kata Haley selepas Britain mengetuai mesyuarat mengenai krisis itu di New York pada Isnin. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia