Utusan Borneo (Sabah)

Referendum, Kirkuk bermain api: Baghdad

Selain berisiko memecah-belahkan Iraq, Iran dan Turki juga khuatir Kurdis terpengaru­h

-

KIRKUK: Polis dikerahkan malam kelmarin di bandar minyak utara Iraq Kirkuk bagi mencegah tercetusny­a keganasan etnik menjelang referendum kemerdekaa­n Kurdis, menurut penduduk tempatan.

Wilayah Kurdis itu merancang untuk meneruskan pengundian pada 25 September di sebalik amaran Baghdad bahawa ia bermain dengan api dan deklarasi Amerika Syarikat (AS) bahawa ia boleh menjejaska­n kempen membantera­s kumpulan Islamic State (IS).

Referendum sememangny­a mampu membangkit­kan ketegangan khusus di Kirkuk di mana orang Kurdis berebut kuasa dengan orang Turkmen dan Arab.

Anggota keselamata­n Kurdis dan polis perbandara­n memasang pos pemeriksaa­n di seluruh negeri selepas seorang lelaki Kurdis mati dalam pertelingk­ahan dengan para pengawal pejabat parti politik Turkmen di bandar tersebut.

Dua lagi lelaki Kurdis dan seorang pengawal keselamata­n Turkmen turut cedera dalam pertelingk­ahan itu yang meletus apabila sebuah konvoi Kurdis yang meraikan referendum itu mengibar bendera Kurdis ketika melintas di hadapan pejabat parti Turkmen terbabit, menurut sumber keselamata­n.

Mangsa yang maut dan cedera adalah antara penduduk Kurdis yang menyertai konvoi tersebut, menurut mereka.

Turki yang telah meletakkan tentera dan kereta kebal dalam latihan dekat sempadan dengan wilayah Kurdis itu telah lama melihat dirinya sebagai pelindung minoriti Turkmen.

Apabila Kurdis Iraq menaikkan bendera mereka di bandar tersebut pada April, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengisytih­arkan bahawa Kirkuk tidak boleh menjadi bandar Kurdis.

Askar Turki yang dijadual meneruskan latihan sehingga sehari sebelum referendum, dapat dilihat menggali sesuatu di lokasi kira-kira dua kilometer dari sempadan.

Turki bagaimanap­un telah memupuk hubungan politik dan perniagaan yang rapat dengan kerajaan wilayah, sekali gus pastinya keberatan untuk menjejaska­n dagangan minyak melalui sebarang campur tangan.

Ketegangan bangkit selepas majlis wilayah diketuai Kurdis mengundi bulan ini untuk melibatkan bandar tersebut dalam referendum di sebalik hakikat ia berada di luar sempadan rasmi wilayah Kurdistan.

Pejuang ‘peshmerga’ Kurdis merampas Kirkuk dan wilayah dipertikai lain apabila tentera Iraq dikalahkan IS pada 2014 bagi mencegah medan minyaknya jatuh ke tangan militan.

Sejak beberapa bulan lalu, militan telah diusir kembali ke seluruh Iraq namun tetap berada hampir dengan Kirkuk.

Pasukan bersenjata Iraq mengumumka­n semalam permulaan serangan untuk menyingkir­kan IS dari bandar Ana, ketika mereka mara ke barat ke arah al-Qaim, pos sempadan dengan Syria.

Militia Syiah Iraq yang disokong Iran mendedahka­n bahaya lebih meluas referendum itu dengan mengancam untuk menyingkir­kan ‘peshmerga’ Kurdis dari Kirkuk seandainya orang Kurdis meneruskan pengundian tersebut.

Pihak berkuasa Kurdis bagaimanap­un tetap berdegil di sebalik tekanan hebat antarabang­sa dan rayuan wilayah bagi membatalka­n referendum tersebut yang menurut Baghdad melanggar perlembaga­an dan berisiko memecah-belahkan negara.

Iran dan Turki khuatir ia akan mempengaru­hi populasi Kurdis mereka sendiri di mana Turki telah menentang kebangkita­n Kurdis di wilayah tenggara sejak 1984.

Presiden Kurdis Iraq Massoud Barzani berkata lewat kelmarin bahawa beliau akan meneruskan pengundian biarpun tiada jaminan daripada komuniti antarabang­sa bahawa Baghdad akan merundingk­an kemerdekaa­n Kurdis,

“Referendum dan dialog laluan ke arah kemerdekaa­n,” kata Barzani kepada menteri pertahanan yang melawat Michael Fallon, semasa pertemuan di Erbil, kerusi kerajaan Kurdis.

 ?? — Gambar AFP ?? SEBUAH bangunan berlubang-lubang dengan kesan peluru dilihat di bandar majoriti Kurdis Kirkuk, kelmarin.
— Gambar AFP SEBUAH bangunan berlubang-lubang dengan kesan peluru dilihat di bandar majoriti Kurdis Kirkuk, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia