Utusan Borneo (Sabah)

Bekas polis Norway subahat seludup dadah

-

OSLO: Sebuah mahkamah di Norway kelmarin menjatuhka­n hukuman terhadap seorang bekas pegawai tinggi polis penjara selama 21 tahun kerana telah membenarka­n hampir 14 tan hashish diseludup ke dalam negara selama hampir satu dekad.

Eirik Jensen, yang bertanggun­gjawab bagi menangani jenayah terancang, telah dijatuhkan hukuman maksimum di negara ini selepas pensabitan ya bagi hubungan dengan jenayah terancang, terutamany­a pengedar dadah terkenal Gjermund Cappelen, lebih dikenali sebagai “baron hashish.”

Kes rasuah yang sangat ganjil ini menjadi tajuk utama di Norway, yang senarai kedudukan antarabang­sa yang biasanya antara negara kurang korup di dunia.

“Ia adalah unik di dalam undang-undang jenayah Norway bahawa seorang anggota polis dengan tanggungja­wab sebegitu seperti Jensen dalam usaha menangani dadah di mana dia sendiri telah banyak terlibat dalam aktiviti jenayah selama beberapa tahun dan menyumbang secara sengaja terhadap jenayah dadah terburuk pernah dilihat dalam kes undang-undang Norway,” menurut mahkamah bandar Oslo.

Hakim telah memutuskan bahawa Jensen membantu Cappelen menyeludup sebanyak 13.9 tan hashish ke Norway di antara tahun 2004 dan 2013 dalam pertukaran dengan rasuah berjumlah sekurang-kurangnya 667,800 kroner (72,000 euro, $85,000), yang akan dirampas dari asetnya.

Sepanjang tempoh tersebut Jensen dan Cappelen telah menghantar 1,500 pesanan ringkas di antara satu sama lain, termasuk bahasa dalam kod mengenai aktiviti polis, menurut kepada pihak penyiasat.

Jensen, 60 tahun, mengaku tidak bersalah dan mendakwa pesanan ringkas merupakan satu pertukaran rutin dengan seorang pemberi maklumat. Peguamnya menyatakan kemungkina­n dia akan membuat rayuan.

Ketika Cappelen ditahan bagi pengedaran dadah, dia telah memberikan maklumat mengenai peranan Jensen kepada penyiasat dengan harapan agar hukumannya diringanka­n. Dua orang lelaki itu sekarang saling bermusuhan.

Cappelen, 50, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan sejumlah 825 juta kroner dalam asetnya telah dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia