Utusan Borneo (Sabah)

Angka kematian akibat Irma di Florida cecah 50

-

MIAMI: Angka kematian akibat Hurikan Irma di wilayah Florida di AS berjumlah 50 kematian kelmarin ketika pihak berkuasa mengawasi mangsa-mangsa ribut gergasi tersebut, yang membadai wilayah itu minggu lepas.

Bahagian Pengurusan Kecemasan Florida telah menyatakan angka rasmi seramai 34 orang, namun ia tidak termasuk lapan kematian lain di Keys dan lapan lagi di sebuah rumah penjagaan di Hollywood, di utara Miami.

Kematian tersebut meletakkan angka seluruh negeri kepada 50 orang.

Sementara itu, Hurikan Maria mendarat di Dominica kelmarin sebagai ribut kekuatan maksimum kategori 5 yang membadai kepulauan timur Caribbean yang masih terjejas teruk dibadai Irma, menurut peramal cuaca As.

Ribut raksasa itu mendarat kira-kira 0115 GMT dengan angin utama memuncak 257 kilometer sejam, menurut Pusat Hurikan Negara yang berpangkal­an di Miami, memetik data radar dari Martinique dan pesawat Pemburu Hurikan Pasukan Rizab Tentera Udara.

Alberto Moscoso, jurucakap bagi Bahagian Pengurusan Kecemasan Florida, kematian di Keys adalah tidak termasuk kerana Monroe County, yang termasuk rangkaian pulau yang teruk terjejas di selatan Miami, masih belum memfailkan kiraan rasminya.

Akaun Twitter Monroe County telah menyatakan ia telah merekodkan lapan kematian pada Rabu lepas — walaupun akhbar Miami Herald melaporkan sembilan orang.

Sekurang-kurangnya satu perlima dari rumah-rumah di Keys telah musnah, menurut kepada Agensi Pengurusan Bencana Persekutua­n (FEMA) — sementara 65 peratus dari bangunan telah mengalami kerosakan.

Kira-kira 372,000 orang yang masih dalam keadaan tanpa bekalan elektrik di Florida kelmarin selepas 15 juta orang mengalami ketiadaan bekalan elektrik semasa ribut tersebut.

Irma turut mengorbank­an sekurang-kurangnya 40 orang lagi di Caribbean sebelum membadai Keys pada 10 September sebagai hurikan Kategori Empat dengan angin selaju 180 batu sejam, dan ketika bergerak di sepanjang bahagian negeri tersebut.

Sekarang, Caribbean sedang berdepan dengan Hurikan Maria, yang telah berkembang menjadi ribut Kategori Empat kelmarin.

Maria dijangkaka­n akan membadai di Puerto Rico pada hari ini sebelum menuju ke utara.

 ?? — Gambar AFP ?? PENDUDUK Dan Weeks menunjukka­n gambar rumah bergerakny­a yang disimpan dalam telefon bimbitnya di hadapan lot yang kini kosong sebelum Irma memusnahka­nnya di Marathon, Florida kelmarin.
— Gambar AFP PENDUDUK Dan Weeks menunjukka­n gambar rumah bergerakny­a yang disimpan dalam telefon bimbitnya di hadapan lot yang kini kosong sebelum Irma memusnahka­nnya di Marathon, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia