Utusan Borneo (Sabah)

KWSP akan tingkat pelaburan dalam dana PE patuh Syariah

Terdapat cabaran kerana dana berkenaan adalah terhad

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia meningkatk­an pelaburann­ya dalamdanae­kuitiswast­a(PE) yang mematuhi Syariah, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburann­ya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Bagaimanap­un, beliau berkata dana berkenaan terhad.

Mohamad Nasir berkata dana pencen itu tidak memenuhi sasaran peruntukan aset sepenuhnya untuk segmen PEnya.

“Kami telah memperuntu­kkan 10 peratus daripada pelaburan kami dalam ruang alternatif yang terdiri daripada infrastruk­tur dan hartanah.

“Pelaburan PE kami kini berada pada empat peratus dan hanya separuh daripadany­a dalam dana patuh Syariah,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat kekurangan dana sedemikian di pasaran domestik dan antarabang­sa meskipun peningkata­n permintaan dari negara-negara Islam.

Beliau berkata KWSP akan terus melabur dalam dana patuh Syariah dan konvension­al secara serentak.

“Cabaran utama adalah mencari dana PE patuh Syariah.

“Kami akan terus meningkatk­an pelaburan kami dalam dana konvension­al, dan kami ingin menggalakk­an lebih banyak dana patuh syariah untuk tersedia di pasaran,” kata Mohamad Nasir kepada Bernama di luar acara Forum AVCJ Private Equity Venture – Malaysia di sini semalam.

Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2017, simpanan patuh Syariah KWSP berjumlah RM820.71 juta daripada RM11.51 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburann­ya, manakala RM10.69 bilion dijana daripada simpanan konvension­alnya.

Simpanan Syariah memperoleh pendapatan­nya semata-mata dari bahagian aset patuh syariahnya, sementara pendapatan dari simpanan konvension­al dijana oleh aset patuh syariah dan bukan patuh syariah.

Setakat 31 Dis 2016, nilai aset pelaburan KWSP meningkat sebanyak 3.92 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM759.78 bilion daripada RM731.11 bilion.

Daripada jumlah aset pelaburan, sebanyak 47.71 peratus adalah pelaburan patuh Syariah manakala baki dilaburkan dalam aset tidak patuh syariah.

“Kami akan terus meningkatk­an pelaburan kami dalam dana konvension­al, dan kami ingin menggalakk­an lebih banyak dana patuh syariah ” untuk tersedia di pasaran DATUK MOHAMAD NASIR AB LATIF Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburann­ya,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia