Utusan Borneo (Sabah)

3PTEB RIZQ cipta sistem jaringan koperasi

-

KOTA KINABALU: Satu sistem jaringan bersepadu akan dibangunka­n untuk menghubung­kan sebanyak 13,247 koperasi di seluruh negara untuk menggalakk­an kerjasama antara kira-kira lapan juta ahli koperasi sebagai satu langkah transforma­si ekonomi bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif 3PTEB RIZQ Bhd, Haris Fadzlah Mat Ali berkata sistem itu akan dilancarka­n di Negeri Sembilan sebelum ia diperkenal­kan di seluruh negara.

“Kami akan mulakan programini­diNegeriSe­mbilan bagi menilai keefektifa­nnya sebelum di bawa ke seluruh negara, “katanya selepas

Majlis Menandatan­gani Ahli Lembaga Pengarah Dalam Syarikat 3PTEB RIZQ Berhad, di ibu negeri kelmarin

Perjanjian MoU itu juga menyaksika­n Pengerusi Eksekutif Dato Seri Marajoh Haji Unding dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah 3PTEB RIZQ Berhad.

“Sistem yang kami akan lancarkan dikenali sebagai Koperasi Bersepadu yang bertujuan untuk mendaftar semua koperasi bumiputera di Malaysia bawah satu payung,” kata Haris Fadzlah.

Katanya, ketika ini belum ada satu sistem jaringan atau kerjasama yang menghubung­kan koperasiko­perasi yang terdapat di negara ini dan mereka cenderung untuk bergerak secara sendiri kerana mereka tidak memiliki sistem online.

“Apabila sistem ini dilancarka­n, ia membolehka­n semua ahli koperasi berkongsi informasi, bertukar maklumat mengenai aktiviti perniagaan, dan bantu membantu antara satu sama lain,” katanya sambil menambah ahli-ahli koperasi akan dibekalkan kad keahlian untuk memudahkan mereka berurusan.

Sementara itu, Dato Seri Marajoh berkata terdapat kira-kira 700 koperasi di Sabah dimana 95 koperasi diantarany­a mempunyai kedai sendiri.

“Idea untuk mewujudkan jaringan ini akan meningkatk­an lagi kuasa beli koperasi kerana mereka mempunyai ahli yang sedia ada danmampume­ningkatkan­lagi aktiviti perniagaan koperasi kerana mereka mempunyai aset terkumpul antara RM120 hingga RM130 bilion di seluruh negara.

Katanya, ia juga dengan sendirinya mampu menurunkan harga barang dan ahli-ahli koperasi akan menikmati banyak kemudahan .

Selain itu, ia juga menggalakk­an lagi perniagaan koperasi di negara ini yang kini menyumbang hanya 3.7 peratus dari jumlah KDNK berbanding 18 peratus KDNK di Vietnam, 22 peratus di Singapura dan 17 peratus di Indonesia.

“Langkah ini juga akan mentransfo­rmasi ekonomi koperasi seperti konsep yang dilakukan oleh Alibaba di China,dan mampu menjana pendapatan ke tahap yang lebih tinggi

Beliau berkata penggabung­an itu akan membolehka­n koperasi mencapai matlamat lebih cepat.

 ??  ?? HADIRIN bergambar ramai selepas majlis menandatan­gani Ahli Lembaga Syarikat 3PTEB RIZQ Sdn Bhd.
HADIRIN bergambar ramai selepas majlis menandatan­gani Ahli Lembaga Syarikat 3PTEB RIZQ Sdn Bhd.
 ??  ?? DATO
Seri Marajoh bertukar dokumen dengan CEO 3PTEB RIZQ Sdn Bhd, Haris Fadzlah Mat Ali.
DATO Seri Marajoh bertukar dokumen dengan CEO 3PTEB RIZQ Sdn Bhd, Haris Fadzlah Mat Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia