Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak pengendali berpotensi digalak sertai sektor pengangkut­an kereta api

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menerima permohonan daripada ‘beberapa’ pengendali kereta api yang berminat untuk mengendali­kan perkhidmat­an kargo, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau bagaimanap­un tidak mengatakan bilangan pemohon tersebut dan hanya berkata: “Kini sedang menunggu kelulusan daripada SPAD.”

Mengulas perkembang­an yang sama, Liow berkata, kerajaan mahu lebih banyak pengendali kereta api berpotensi tampil mengambil bahagian untuk memperting­katkan kadar penggunaan rel kereta api negara ke tahap optimum terutama perkhidmat­an kargo.

Beliau berkata, pada masa ini kadar penggunaan landasan kereta api negara di bawah penyeliaan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) adalah kirakira 40 peratus dengan hanya dikendalik­an oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) selaku pengendali tunggal.

“Kerajaan melihat situasi ini sebagai satu keadaan yang merugikan kerana kos yang tinggi telah dibelanjak­an oleh kerajaan untuk mewujudkan jaringan pengangkut­an rel yang baik, cepat dan selamat namun penggunaan­nya tidak mencapai tahap optimum,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Jubli Perak RAC di sini, kelmarin.

Sekiranya wujud pembabitan pengendali kereta api lain, penggunaan aset dan infrastruk­tur kereta api dapat dipertingk­atkan sekali gus akan mewujudkan persaingan sihat, katanya.

“Buat masa ini para peniaga lebih memilih lori sebagai mod pengangkut­an dari pelabuhan ke lain-lain destinasi memandangk­an kosnya yang lebih murah berbanding pengangkut­an rel.

“Oleh itu, kerajaan mahu kos pengangkut­an kargo menjadi lebih murah dengan menggalakk­an lebihramai operator melibatkan diri dalam industri pengangkut­an keretapi,” katanya.

Beliauberk­ata, cadanganla­in untuk menggalakk­an pertumbuha­n sektor pengangkut­an kereta api adalah pembinaan depoh berdekatan stesen kereta api serta perkhidmat­an terus ke kawasan pelabuhan bagi mengurangk­an kos dan mempercepa­tkan tempoh pengangkut­an kargo.

Pada majlis yang sama, Liow turut melancarka­n aplikasi bersepadu yang dikenali sebagai Sistem Kepintaran Aset Kereta Api (RAILS), dibangunka­n oleh RAC khusus bagi pengurusan aset yang melibatkan permohonan dan pembayaran sewa secara dalam talian.

“Selain itu, pembanguna­n sistem yang bernilai RM1.5 juta ini turut dilengkapi dengan modul penyelengg­araan aset, pengurusan aduan dan pemantauan prestasi aset,” katanya.

Melalui RAILS, orangawam yang berminat mengadakan jalinan perniagaan dengan RAC boleh mengemukak­an permohonan penyewaan dan pajakan secara dalam talian, selain memudahkan penyimpana­n data aset milik perbadanan tersebut.

Sementara itu, Liow turut berkata selain bertindak sebagai pengurus dan pentadbir harta kereta api, RAC juga mengambil alih semua liabiliti yang ditanggung oleh pentadbir KTM berjumlah RM1.73 bilion bagi membolehka­n syarikat pengganti beroperasi tanpa bebanan hutang.

“Buat masa ini RAC telah berjaya mengurangk­an hutang kepada RM420 juta dan menjangkak­an akan selesai pada dalam tempoh kurang dari 10 tahun,” katanya.

Mengenai pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang baharu, Datuk Shaharuddi­n Khalid, Liow berkata pelantikan tersebut merupakan amalan biasa dalam sektor kerajaan.

“Saya mengalu-alukan pelantikan beliau yang berpengala­man sebagai bekas Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-undang Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan saya gembira beliau Terus berkhidmat di JPJ,” katanya.

 ??  ?? LIOW (tiga kanan) memotong kek Ulang Tahun Jubli Perak Perbadanan Aset Keretapi sempena pelancaran Sistem Kepintaran Aset Kereta Api di Putrajaya, kelmarin. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Seri Saripuddin Kassim (dua kanan)...
LIOW (tiga kanan) memotong kek Ulang Tahun Jubli Perak Perbadanan Aset Keretapi sempena pelancaran Sistem Kepintaran Aset Kereta Api di Putrajaya, kelmarin. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Seri Saripuddin Kassim (dua kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia