Utusan Borneo (Sabah)

BNM akan sediakan garis panduan mata wang kripto

Mata wang digital tarik perhatian bank pusat seluruh dunia

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merancang mengeluark­an garis panduan mengenai mata wang kripto menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata mata wang kripto atau mata wang digital, kini menarik perhatian bankbank pusat di seluruh dunia.

“Kami berharap menjelang akhir tahun ini, BNM akan dapat menyediaka­n beberapa garis panduan mengenai mata wang kripto, terutama berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

“Kami mahu memastikan ada garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin menyertai dalam sektor ini,” katanya kepada pemberita di luar Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembanguna­n di sini semalam.

Mata wang kripto seperti Bitcoin, merupakan aset digital yang disediakan khas sebagai medium pertukaran menggunaka­n kriptograf­i bagi memastikan transaksi yang terjamin dan mengawal pewujudan unit mata wang tambahan.

Mata wang kripto digunakan terutama di luar institusi perbankan dan kerajaan sedia ada, dan ditukar melalui Internet.

Walaupun kaedah pertukaran alternatif yang tidak berpusat ini kini masih di peringkat awal pembanguna­nnya, ia mempunyai potensi unik untuk mencabar sistem mata wang dan pembayaran sedia ada.

Setakat Jun 2017, jumlah permodalan pasaran mata wang kripto melebihi AS$100 bilion (AS$1= RM4.19), dengan mencatatka­n jumlah harian lebih melebihi AS$6 bilion.

Dalam perkembang­an lain, Muhammad berkata pertumbuha­n ekonomi yang kukuh dan inflasi yang terkawal, memberi kelonggara­n kepada bank pusat untuk merumuskan dasar bagi kadar faedah.

BNM tidak mengubah kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus awal bulan ini, mengekalka­n kadar stabil itu sejak Julai 2016.

“Mesyuarat dasar monetari kami akan datang, pada November, dan kami akan melihat data tersebut (pertumbuha­n ekonomi dan inflasi) sekali lagi untuk melihat kedudukann­ya.

“Kadar faedah yang berada pada tahap yang menggalakk­an pertumbuha­n sangat penting, dan pada masa yang sama memastikan inflasi kekal dapat diurus,” katanya.

Kadar inflasi mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada 5.1 peratus, pada Mac, yang menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan penganalis­is mengenai kemungkina­n kadar faedah akan dinaikkan tahun ini, namun tekanan harga kembali merosot.

Muhammad berkata harga minyak dunia merupakan antara faktor utama dalam prospek inflasi, namun bank pusat tidak menjangkak­an harga minyak dunia meningkat pada kadar yang akan mempengaru­hi unjuran kadar inflasi Malaysia.

Ekonomi Malaysia meningkat lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua, manakala ringgit naik lebih daripada 6.5 peratus berbanding dolar tahun ini selepas mengalami penguncupa­n sejak dua tahun lepas.

Muhammad berkata yang lebih penting ialah ringgit dapat mencermink­an kedudukan semasa ekonomi Malaysia yang kukuh.

“Kami berharap menjelang akhir tahun ini, BNM akan dapat menyediaka­n beberapa garis panduan mengenai mata wang kripto, terutama berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

TAN SRI MUHAMMAD IBRAHIM Gabenor BNM

 ?? — Gambar Bernama ?? MUHAMMAD menyampaik­an ucapan kata alu-aluan semasa majlis perasmian Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembanguna­n di Sasana Kijang di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MUHAMMAD menyampaik­an ucapan kata alu-aluan semasa majlis perasmian Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembanguna­n di Sasana Kijang di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia