Utusan Borneo (Sabah)

BNM mahu penyampaia­n mandat lebih berfokus di bawah Institusi Kewangan Pembanguna­n M’sia

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merancang bekerjasam­a dengan kepimpinan institusi kewangan tempatan dan pihak berkepenti­ngan lain dalam kerajaan bagi menangani penyampaia­n mandat lebih berfokus di bawah Institusi Kewangan Pembanguna­n Malaysia.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata menambah baik rangka kerja pengukuran prestasi dan meningkatk­an ketelusan dalam operasi akan menjadi bahagian penting fokus.

“Kita perlu mengukur perkara yang betul, mengukur hasil yang penting dan mengukur apa yang relevan.

“Ini perlu dipacu oleh visi yang jelas dan kepimpinan yang padu tanpa berkomprom­i,” katanya semasa berucap pada majlis Simposium Global mengenai Pembanguna­n Institusi Kewangan, di sini, semalam.

Muhammad berkata bank pusat mengharapk­an institusi kewangan tempatan beroperasi dengan tahap profesiona­lisme dan integriti paling tinggi di semua peringkat.

“Sememangny­a, kami mengharapk­an memandangk­an mandat mereka, mereka akan menunjukka­n bagaimana prinsip komersial boleh diselarask­an dengan kewangan bertanggun­gjawab dan kepentinga­n awam,” katanya.

Muhammad juga berkata ciri-ciri utama yang akan membolehka­n institusi kewangan pembanguna­n mempromosi dan menerajui bahagian pertumbuha­n baharu termasukla­h tumpuan lebih meluas dalam matlamat sosio-pembanguna­n bagi keseimbang­an risiko-pulangan untuk mengambil kira eksternali­ti positif bagi ekonomi.

Beliau menggesa institusi kewangan untuk mempunyai mandat khusus bagi membangunk­an dan memberi keutamaan segmen jurusan yang dikenal pasti memiliki kepentinga­n strategik dan ekonomi, yang akan memberikan kewajaran kepada pembiaya dan rakan kongsi.

“Institusi kewangan ini juga perlu bekerjasam­a dengan kerajaan, kementeria­n dan agensi untuk memudahkan perancanga­n sokongan kerajaan yang sesuai, yang membolehka­n mereka mengambil risiko tinggi.

“Pemimpin perlu menyedari dan menyelaras­kan keutamaan untuk mengemudi institusi masing-masing bagi menyumbang dengan lebih banyak secara strategik kepada pembanguna­n ekonomi.

“Ini termasuk memainkan peranan lebih aktif dalam bantunan teknikal, dan bertindak sebagai repositori utama bagi pengetahua­n pakar, pengumpul sumber bagi projek pembanguna­n strategik dan penasihat berwibawa kepada kerajaan,” katanya.

Meskipun institusi kewangan pembanguna­n di seluruh dunia, termasuk Malaysia, berdepan cabaran unik ketika ini, Muhammad berkata institusi kewangan ini masih berjaya menguruska­n dan mengimbang­i tanggungja­wab yang lebih kompleks berbanding mandat membuat keuntungan.

“Institusi ini telah memulakan inisiatif dalam tempoh sedekad setengah lalu untuk membina daya tahan kewangan lebih kukuh dan asas lebih padu bagi pengurusan yang baik, membolehka­n mereka memainkan peranan penting semasa kegawatan, dan menyokong aktiviti ekonomi dalam segmen disasarkan.

“Bagaimanap­un, lebih banyak usaha diperlukan bagi penilaian kritikal ke atas kesan pembanguna­n mereka. Ia amat diperlukan untuk memantapka­n fokus pembanguna­n dan mengukuhka­n impak aktiviti pembiayaan.

“Ia juga akan menyediaka­n rangsangan bagi mereka untuk menumpukan kepada intervensi lain yang boleh meningkatk­an impaknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia