Utusan Borneo (Sabah)

ASNB sasar daftar 6,000 pelabur baharu pada Fiesta Labur PNB

-

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyasar untuk mendaftar 5,000 hingga 6,000 pemegang akaun baharu semasa Fiesta Labur PNB di Putrajaya mulai 28 September hingga 1 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, ini berdasarka­n jangkaan pengunjung kirakira 15,000 pada majlis tersebut.

“Fiesta Labur PNB adalah kemuncak dan pameran semua program celik kewangan PNB yang telah dianjur sepanjang tahun di seluruh negara.

“Ia bertujuan menawarkan kandungan berkaitan pelaburan melalui sesi menyeronok­kan dan penglibata­n santai dengan peserta dan pengunjung,” katanya pada taklimat media mengenai pesta berkenaan di sini, semalam.

Karnival pelaburan berasaskan hiburan bermakluma­t yang akan memaparkan 50 gerai jualan dan pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Penceramah pelaburan dan selebriti terkemuka dijangka turut serta dalam majlis itu.

Mohammad berkata, melalui Fiesta Labur PNB, ASNB boleh mendidik orang awam mengenai kelebihan pelaburan dan berkongsi asas pelaburan seperti Kuasa Pengkompau­nan dan Peraturan 72, agar pengunjung boleh memahami yang pelaburan bukanlah sesuatu yang rumit.

“Kami juga memilih untuk melakukann­ya dalam suasana yang santai dan menyeronok­kan agar pengunjung boleh mengingati petunjuk dan pengetahua­n pelaburan baharu pada majlis berkenaan,” tambahnya.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka melancarka­n karnival berkenaan serta portal baharu PNB, MyASNB (www.myasnb.com.my), yang kini menjalani ujian beta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia