Utusan Borneo (Sabah)

Sirhajwan dipilih penerima biasiswa IATEFL Paris

-

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli, yang diwakili isterinya Datin Diana Wong, mengucapka­n selamat berlepas kepada Mohd Sirhajwan Idek.

Sirhajwan, 29, dipilih sebagai penerima biasiswa Internatio­nal Associatio­n of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing, di Paris pada 25 September ini.

Musbah yang juga Adun Tempasuk bangga dengan kejayaan anak watan dari Kampung Taun Gusi itu yang berada dalam kelompok 50 guru terbaik disenarai pendek sebagai penerima Hadiah Guru Global 2017 di Dubai pada 19 Mac lalu.

Ketika ditemui, Sirhajwan berbangga dipilih sebagai penerima biasiswa IATEFL kategori Express Publishing.

Guru dari Kolej Vokasional Keningau itu berkata, kejayaan berkenaan lebih manis kerana diumumkan beberapa hari menjelang Hari Malaysia, tarikh keramat pembentuka­n Malaysia.

Penerima biasiswa itu mencakupi 31 kategori yang dibiayai 25 organisasi dengan pemenangme­nerimapena­jaan menghadiri Persidanga­n IATEFL di Brighton, United Kingdom pada 9 hingga 13 April tahun depan.

Menurutnya, projek dihasilkan­nya yang memenangi biasiswa berkenaan adalah aplikasi berasaskan pembelajar­an untuk memberi motivasi kepada pelajar agar lebih kreatif dan yakin menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Saya menghasilk­an projek kategori Express Publishing yang bersaing dengan 220 pemohon seluruh dunia.

“Kejayaan ini melayakkan saya membentang­kan projek berkenaan sempena Persidanga­n IATEFL di Brighton, April tahun depan.

“Saya juga akan menerima 2,000 pound sterling (RM11,387) daripada penganjur,” katanya kepada media sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk ke Dubai dan seterusnya ke Paris, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Selasa.

Difahamkan, Sirhajwan juga berada dalam senarai 10 finalis Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Paris, 18 hingga 25 September ini.

Anugerah berkenaan anjuran Academic Conference­s and Publishing Internatio­nal Limited (ACPI).

Turut mengiringi Sirhajwan ialah abang dan kakaknya termasukla­h ayahnya Haji Idek Haji Asal, ibunya Hajah Bintek Haji Abdul Rahman dan sepupunya.

Kakak Sirhajwan, Sendera Dewi Idek, 42, berkata mereka sekeluarga mendapat banyak ucapan penghargaa­n di atas kejayaan adiknya mengharumk­an nama negara dan daerah kelahirann­ya, Kota Belud.

“Inikerana, adiksayabu­kan saja berjaya mengharumk­an nama negara dan negeri kelahirann­ya, malah mengangkat imej bangsa Sama/Bajau di peringkat dunia,” katanya.

 ??  ?? SIRHAJWAN
SIRHAJWAN
 ??  ?? DIANA (kiri), Bintek (dua kanan) Idek (kanan) mengucapka­n selamat jalan kepada Sirhajwan (dua kiri).
DIANA (kiri), Bintek (dua kanan) Idek (kanan) mengucapka­n selamat jalan kepada Sirhajwan (dua kiri).
 ??  ?? DIANA (tengah) bersama ibu bapa dan keluarga mengucapka­n selamat berlepas kepada Sirhajwan.
DIANA (tengah) bersama ibu bapa dan keluarga mengucapka­n selamat berlepas kepada Sirhajwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia