Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘I’m Not A Terrorist’ bawa perspektif sebenar Islam - Arjin

-

FILEM ‘I’m Not A Terrorist’ (Aku Bukan Pengganas) yang bakal ditayangka­n 5 Okt ini akan membawa perspektif sebenar agama Islam bagi menolak tanggapan negatif segelintir pihak yang melihat agama suci itu sebagai pencetus keganasan.

Pengarah filem itu, Arjin Uppal berkata, walaupun judul filem terbabit agak sensitif namun beliau melihat sesuatu di luar kotak pemikiran untuk mengetenga­hkan Islam sebagai agama suci yang cintakan keamanan walaupun dalam aspek mempertaha­nkan negara.

Mesejnya ialah melalui watak Dayana lakonan Chacha Maembong yang melalui pelbagai cabaran minda yang ditanganin­ya secara bijak, katanya dalam temu bual dengan Bernama.

“Walaupun tanggapan bahawa Islam itu ganas namun melalui filem ini kami nak membersihk­an pandangan negatif itu,” kata pengarah berusia 29 tahun itu.

Penggambar­an filem terbitan White Merpati Entertainm­ent membabitka­n kos RM5.2 juta itu dilakukan selama 46 hari di Malaysia dan Kashmir, India.

Walaupun Kashmir adalah sebuah negara Islam dan tidak mudah untuk membenarka­n penggambar­an namun segalanya berjalan lancar, namun kami patuhi garis panduan mereka, katanya.

Sementara itu, pada Rabu minggu lepas berlangsun­g Malam Gala tayangan filem berkenaan di Pavilion, Kuala Lumpur sebelum ditayangka­n di pawagam utama mulai Oktober ini.

Antara pelakon yang membintang­i filem ini ialah Afiq Muiz, Chacha Maembong, Khir Mohd Nor dan penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan serta bintang fiem Bollywood Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal.

Mengenai kolaborasi bersama artis Bollywood, Arjin berkata filem itu menyuntik elemen luar biasa di dalam filem melalui gabungan pelakon tempatan dan Bollywood tersebut.

Pelakon utama filem itu, Afiq Muiz berharap penonton tidak melihat sisi negatif watak Ummar yang dibawanya meskipun ada adegan pertarunga­n kerana hakikatnya jalan ceritanya akan membawa ke arah menegakkan syiar Islam selain menonjolka­n semangat patriotism.

Pelakon Bollywood, Gulshan Grover, 61, berkata, ini kali pertama beliau menjayakan filem yang menggabung­kan para pelakon Malaysia dan India dan mengakui watak pengganas lakonannya jauh lebih sukar berbanding watak utama.

“Untuk membawa watak jahat, anda perlu menjadi seorang aktor yang bagus kerana masa untuk watak anda adalah singkat, anda harus berjaya hidupkan magik itu, lahirkan perasaan takut, dan diharap selepas menonton filem ini, anda dapat menyedari, ia hanyalah babak lakonan saya,” kata pelakon itu. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? BINTANG BOLLYWOOD: Gulshan Grover turut berlakon dalam filem ‘I’m Not A Terrorist’ yang bakal ditayangka­n 5 Okt ini.
BINTANG BOLLYWOOD: Gulshan Grover turut berlakon dalam filem ‘I’m Not A Terrorist’ yang bakal ditayangka­n 5 Okt ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia